Friday, January 13, 2017

Kursus Aplikasi Quantum GIS (Modul 1)

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara PLANMalaysia telah menganjurkan kursus Aplikasi Quantum GIS (Modul 1). Ianya telah berlangsung di Makmal Komputer, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya pada 1-2 November 2016. Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran GIS dikalangan warga PLANMalaysia.

Seramai 12 orang peserta dari pelbagai bahagian (BMGN, PPZ & BPW) telah menghadiri kursus tersebut. Pengetahuan peserta sebelum kursus tentang GIS juga pelbagai; dari tidak pernah mengguna GIS, pengguna GIS perisian lain dan ada yang telah mengguna QGIS. Pada penghujung kursus, semua peserta berupaya untuk menggunakan Quantum GIS yang mesra pengguna. Adalah diharapkan peserta yang hadir dapat membimbing warga yang lain untuk menggunakan QGIS. 

Program dan suasana semasa kursus








"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Monday, April 4, 2016

Kursus Aplikasi Perisian Quantum GIS

 Program dan Peserta


 Jadual Kursus

Peserta Kursus 

Tugasan


Proses Kerja



Antara Hasilan Peserta Kursus

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Thursday, February 25, 2016

Kursus QGIS di Majlis Daerah Perak Tengah


Draf Rancangan Tempatan Daerah Perak Tengah 2030 telah tamat dipublisitikan pada 21 Januari 2016. Semasa kajian tersebut, Quantum GIS (QGIS) telah digunakan untuk mengumpul, menyimpan, menganalisis dan mempersembahkan data.  Semua data yang dikumpul dan dijana sepanjang kajian telah disimpan sebagai Pangkalan Data GIS Perak Tengah (PTghGIS). Pangkalan data tersebut telah diserahkan kepada Majlis Daerah Perak Tengah dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak untuk kegunaan seterusnya.

Untuk memenafaatkan pangkalan data yang telah disediakan, satu kursus QGIS telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Perak Tengah pada 15 hingga 18 Februari 2016, bertempat di Bilik Mesyuarat Dato’ Sago, Bangunan Majlis Daerah Perak Tengah di Bandar Seri Iskandar. Peserta kursus adalah terdiri dari pegawai dari pelbagai jabatan dalam Majlis Daerah Perak Tengah. Turut sama adalah pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah dan pegawai dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak.


 Peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan QGIS dan bagaimana pangkalan data PTghGIS perlu dikemaskini dan dikembangkan penggunaannya dalam kerja seharian dan operasi organisasi. Adalah diharapkan pangkalan data PTghGIS dapat dilebarluas penggunaannya kepada semua agensi teknikal peringkat daerah dan menjadi wadah perkongsian maklumat yang bersepadu.

Monday, May 18, 2015

Kursus Quantum GIS Lanjutan

Institut Latihan Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah mengadakan Kursus Quantun GIS Lanjutan pada 13 hingga 15 Mei 2015. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 17 orang peserta dari pelbagai agensi; Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Politeknik Ungku Omar, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang, Jabatan Warisan Negara, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Selama tiga hari peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik untuk mendaftar imej raster, penyuntingan data dan pelbagai fungsi analisis dalam Sistem Maklumat Geografi.



Kursus tiga hari tersebut diharap telah menambah pengetahuan peserta berhubung pelaksanaan analisis menggunakan perisian QGIS. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dipraktik dan dikongsi dengan rakan-rakan di agensi masing-masing untuk mengembangkan lagi penggunaan Sistem Maklumat Geografi di Malaysia.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"