Sunday, December 26, 2010

Siri 1: Aplikasi GIS Dalam Perancangan Bandar & Wilayah

Mulai siri ini saya akan berkongsi maklumat berhubung aplikasi GIS dalam perancangan bandar dan Wilayah. Maklumat yang diberikan adalah rumusan pembacaan serta pandangan peribadi berasaskan pengalaman.

Pendahuluan

Perancangan Bandar dan Wilayah dikembangkan secara beransur-ansur untuk membentuk persekitaran, sosial, dan landskap ekonomi oleh manusia. Perancangan ialah salah satu daripada bidang dimana kepentingan GIS dapat diterima pakai dengan meluas. Banyak proses perancangan dan teknik GIS dapat digunakan untuk menganalisis, membuat model dan juga peta.

Perancangan?

Banyak definisi perancangan telah diutarakan oleh pengkaji-pengkaji namun ia mempunyai persamaan pendapat dimana perancangan melibatkan pemikiran yang jauh ke hadapan untuk mencapai keputusan akhir yang diingini. Keputusan akhir ini berdasarkan matlamat atau sasaran awal. Sehubungan itu , satu pelan yang menggariskan proses dan kaedah yang diperlukan untuk mencapai projek tertentu atau matlamat perancangan disediakan.

Tuesday, December 14, 2010

Kursus Quantum GIS

InsyaAllah pada tahun 2011, beberapa siri kursus Quantum GIS akan diadakan. Sebanyak 4 modul telah disediakan. Modul tersebut adalah seperti berikut:

Modul 1: Quantum GIS. Penyediaan Lapisan Data.
Modul 2: Quantum GIS. Analisis Sistem Maklumat Geografi.
Modul 3: Quantum GIS. "Spatial Multi-Criteria Analysis".
Modul 4: Pengenalan Quantum GIS Untuk Profesional.

Kelayakan peserta kursus mengikut Modul.

Modul 1 / Modul 4: Berkebolehan mengguna perisian Microsoft Office / Open Office.
Modul 2: Telah mengikuti Kursus Modul 1 / Modul 4.
Modul 3: Telah mengikuti Kursus Modul 2.

Untuk keterangan lanjut sila e-mail kepada sjimpian@yahoo.com.

Nyatakan:
a. Nama penuh
b. Nombor telefon
c. Modul yang dipilih

"SEMUA ORANG MAMPU MENGGUNA & MEMILIKI GIS"

Sunday, November 28, 2010

Quantum GIS Ver 1.6.0

Versi 1.6.0 telah dikeluarkan pada 27 Nov. 2010. Perisian tersebut boleh didownload dari laman www.qgis.org. Selamat mengguna.

Wednesday, November 24, 2010

Kursus Pengenalan Quantum GIS Untuk Profesional

Kursus berlangsung di Makmal GIS KAED, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 23-25 November 2010. Ianya dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA). Seramai 12 peserta dari pelbagai agensi telah mengambil bahagian; FELDA, FRIM, FAMA, UPM, PPSPPA, LPPKN, PDC dan MPPG. Para peserta dipohon memberi maklumbalas kursus melalui blog ini untuk penambahbaikan kursus akan datang. Pandangan anda amat dihargai.

Saturday, October 2, 2010

Fungsi Union Dalam QGIS Belum Mantap

Beberapa masalah telah dihadapi semasa melaksanakan fungsi UNION dalam QGIS. Bantuan telah dipohon dari Dr. Horst berhubung dengan PlugIn Geoproccesing yang dibangunkan olehnya. Beliau menasihatkan supaya tidak menggunakan PlugIn tersebut sebaliknya menggunakan PlugIn fTools. Percubaan menggunakan fTools pula menunjukkan keputusan yang kurang memuaskan. Beberapa poligon yang sepatutnya wujud tidak diwujudkan. Pembangun PlugIn tersebut, Carson Farmer telah dihubungi untuk mendapat bantuan. Belum ada perkembangan terkini. Pemakluman bug tersebut telah dilaporkan ke laman web qgis.org (ticket#3071).

Anda yang mempunyai penyelesaian atau ingin berkongsi pengalaman, sila beri komen anda.

Friday, August 27, 2010

Kursus Pengenalan Quantum GIS di JPBD Kelantan

Pada 23-25 Ogos 2010, satu kursus Pengenalan Quantum GIS telah diadakan di JPBD Negeri Kelantan. Perisian versi 1.5 yang baru dilancarkan pada 15 Julai lalu telah digunakan. Para peserta terdiri dari pegawai perancang, penolong pegawai perancang dan juruteknik. Sambutan yang diberi amat menggalakan. Pada penghujung kursus para peserta memberi respond yang positif terhadap perisian Quantum GIS. Para peserta dialualukan untuk memberi maklumbalas berhubung dengan kursus yang telah dijalankan. Maklumbalas dan pandangan anda amat dihargai untuk menambah baik isi-kandungan kursus dimasa hadapan.

Saturday, May 22, 2010

Muat Turun Perisian QGIS

Perisian QGIS boleh dimuat turun melalui laman web http://www.qgis.org. Versi terkini QGIS ialah 1.4.0 "Enceladus". Selamat mencuba.

Thursday, May 20, 2010

Quantum GIS

Quantum GIS (QGIS) adalah sebuah perisian “Open Source Geographical Information Systems” yang mesra pengguna. Ia membolehkan pengguna melihat dan menyediakan data berpeta dalam komputer. QGIS menyokong data format vektor, raster dan pangkalan data. Banyak format data spatial yang disokong(seperti ESRI shapefile, Geotiff). QGIS dilesenkan di bawah GNU “General Public License”.Oleh itu ia percuma.

Sekiranya kerja anda memerlukan perisian GIS sebagai alat, cuba perisian ini, Berbaloi....