Sunday, December 26, 2010

Siri 1: Aplikasi GIS Dalam Perancangan Bandar & Wilayah

Mulai siri ini saya akan berkongsi maklumat berhubung aplikasi GIS dalam perancangan bandar dan Wilayah. Maklumat yang diberikan adalah rumusan pembacaan serta pandangan peribadi berasaskan pengalaman.

Pendahuluan

Perancangan Bandar dan Wilayah dikembangkan secara beransur-ansur untuk membentuk persekitaran, sosial, dan landskap ekonomi oleh manusia. Perancangan ialah salah satu daripada bidang dimana kepentingan GIS dapat diterima pakai dengan meluas. Banyak proses perancangan dan teknik GIS dapat digunakan untuk menganalisis, membuat model dan juga peta.

Perancangan?

Banyak definisi perancangan telah diutarakan oleh pengkaji-pengkaji namun ia mempunyai persamaan pendapat dimana perancangan melibatkan pemikiran yang jauh ke hadapan untuk mencapai keputusan akhir yang diingini. Keputusan akhir ini berdasarkan matlamat atau sasaran awal. Sehubungan itu , satu pelan yang menggariskan proses dan kaedah yang diperlukan untuk mencapai projek tertentu atau matlamat perancangan disediakan.

No comments:

Post a Comment