Sunday, January 2, 2011

Siri 2: Aplikasi GIS Dalam Perancangan Bandar & Wilayah

Perancangan Bandar dan Wilayah?

Dari segi kesuluruhannya, tujuan perancangan adalah untuk membantu membuat keputusan. Perancangan Bandar dan Wilayah, membantu kita membuat keputusan untuk mengaitkan kedua landskap Bandar dan Wilayah di kawasan yang dirancang. Perancangan Bandar dan Wilayah adalah disiplin lengkap yang berlandaskan aspek binaan dan persekitaran semula jadi. Banyak keputusan startegik yang perlu dibuat berkaitan penggunaan persekitaran sekeliling kita.

Perancangan boleh dikatakan mempunyai kaitan dengan: (a) keputusan yang kita putuskan, sama ada kerana situasi yang memaksa, ataupun kerana kita mahu mengubah situasi yang kurang sesuai kepada keadaan yang lebih sesuai dengan kehendak kita, dan (b) keputusan yang dibuat oleh orang lain yang memberi kesan kepada kita, menjadi sebahagian daripada keadaan dimana ianya mempengaruhi keputusan yang kita buat. Di dalam Perancangan Bandar dan Wilayah, kita mengaitkan semua keputusan antara satu sama lain, cuba untuk memastikan ianya memberikan kesan yang sepatutnya di dalam pilihan kita.

Atas skala Bandar, seorang perancang tidak menitikberatkan tentang perancangan bangunan individu di dalam bandar. Begitu juga diatas skala Wilayah, seorang perancang tidak mencuba untuk memaksa kehendaknya atas apa yang difikirkan terbaik untuk wilayah tersebut. Seorang perancang yang bijak seharusnya menerima kenyataan bahawa dia tidak membina bandar atau wilayah yang baik secara persendirian, tetapi membantu masyarakat menyediakan pelan Bandar dan Wilayah mereka sendiri dalam masa yang sama cuba untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan, dan mencapai kebaikan untuk komuniti.


No comments:

Post a Comment