Sunday, January 16, 2011

Siri 4: Aplikasi GIS Dalam Perancangan Bandar & Wilayah

GIS-Peralatan yang Berharga dalam Perancangan Bandar dan Wilayah

Di luar negara tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang hebat aplikasi teknologi GIS dalam komuniti perancangan bandar dan wilayah. Ini boleh dirujuk kepada fakta bahawa perancangan bandar dan wilayah yang strategik (termasuk perancangan penggunaan tanah dan pengangkutan) memerlukan reka bentuk dan penggunaan sistem maklumat yang khusus. Bagi tujuan ini sistem maklumat menggunakan teknologi GIS adalah sesuai untuk mengabungkan maklumat dalam pelbagai sektor. Di Malaysia penggunaan GIS dalam bidang perancangan bandar bermula pada pertengahan tahun 1990-an.

Penggunaan model berasaskan komputer dalam amalan perancangan dan pembelajaran di dalam bidang perancangan bandar dan wilayah melalui sedikit perubahan utama yang mendapat impak yang amat mendalam. Salah satu kunci perubahan penggunaan GIS ini menaik secara mendadak adalah kuasa pemprosesan, kos rendah, dan perisian GIS yang senang-guna. Ia juga dipengaruhi oleh pembangunan pangkalan data yang besar, membuatkan GIS menjadi peralatan yang diperlukan untuk tugasan perancangan seperti memantau penggunaan tanah, penguatkuasaan dan memproses kebenaran merancang.

Ini ternyata dalam 10 tahun kebelakangan ini sistem informasi (seperti GIS ) dalam perancangan telah meningkat dua kali ganda. GIS menawarkan pembentangan serentak untuk unit geografi atau objek dimana—kedudukan tempat-boleh digambarkan dengan satu atau lebih sifat. Sebagai contoh, semua tanah dalam bandar boleh disetkan sebagai data geografi. Tanah ini mungkin ada ciri-ciri seperti tuan tanah, nombor tanah, dan jenis zon. Semua maklumat ini adalah sangat sesuai untuk aplikasi perancangan berdasarkan ruang, dan GIS menyediakan peralatan yang diperlukan untuk menganalisi maklumat ini untuk kedua tugasan perancangan bandar dan wilayah.

GIS boleh digunakan untuk mengumpul, menganalisis, dan memaparkan data yang berkaitan dengan ruang. Data perancangan boleh dikumpulkan dan disimpan dalam pangkalan data GIS . Apabila ianya dikumpulkan, kepelbagaian maklumat dapat dipersembahkan mengikut fungsi menggunakan lapisan data yang sesuai. Lapisan data ruang ini boleh dipersembahkan dalam bentuk peta (pelan), laporan, dan carta.

Satu contoh analisis perancangan yang boleh dibuat menggunakan pangkalan data GIS untuk daerah yang disediakan rancangan tempatan. Matlamat pembangunan pangkalan data ini adalah untuk menyimpan dan menganalisis data bagi tujuan perancangan. Selepasa data ini diserahkan kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan data tersebut boleh diguna-pakai bagi tujuan pemantauan pembangunan yang berlaku dalam kawasan berkenaan. Ianya mengandungi lapisan data digital guna tanah, jaringan jalan, topografi, zon perancangan yang dicerap melalui kajian lapangan dan pendigitan kertas peta menggunakan kaedah GIS . Daripada lapisan data digital ini, kepentingan analisis ruang dan pembentangan keputusan boleh dipersembahkan dengan menggunakan GIS.

No comments:

Post a Comment