Sunday, January 23, 2011

Siri 5: Aplikasi GIS Dalam Perancangan Bandar & Wilayah

Kompleksiti Perancangan

Banyak tugasan perancangan bergantung sepenuhnya kepada gabungan dan analisis maklumat geografi. Sebagai contoh, maklumat dan analisis geografi digunakan untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk pembangunan, menilai potensi kawasan dengan melihat keadaan yang ada, mengenalpasti kepentingan polisi dan mengambil kira kebebasan hak untuk membangun oleh orang awam.

Memahami bagaimana GIS boleh digunakan sebagai peralatan yang cukup efektif untuk merancang akan gagal jika kita terlalu fokus kepada banyak perkara dan masalah-masalah tertentu yang dihadapi semasa membuat perancangan. Sebaliknya, kita perlu cuba memahami faktor yang berkaitan dengan tugasan perancangan menggunakan analisis yang berkaitan dengan ruang. Sehubungan itu GIS boleh digunakan untuk melaksanakankan tugasan ini dengan lebih effisyen.

Aspek ruang dalam perancangan bandar dan wilayah mungkin boleh ditafsir menggunakan model hubungan. Dengan ini pelbagai aktiviti perancangan dapat dilihat berlaku dalam ruang dan dimensi masa. Tugasan perancangan dikategorikan sebagai sama ada aktiviti primer yang dikenali atau tidak dikenali dan sama ada lokasi ruang dimana aktiviti akan berlaku diketahui ataupun tidak diketahui. Empat jenis tugasan perancangan dikenalpasti:

  1. Aktiviti yang diketahui di kawasan yang diketahui seperti pengurusan bandar untuk mentadbir aktiviti di kawasan bandar sepanjang masa.
  2. Aktiviti yang diketahui dan kawasan yang tidak diketahui seperti pemilihan tapak yang terbaik untuk sesuatu aktiviti.
  3. Aktiviti yang tidak diketahui di kawasan yang diketahui seperti penilaian impak untuk mentaksir impak positif dan negative kesan sesuatu aktiviti.
  4. Aktiviti yang tidak diketahui dan kawasan yang tidak diketahui seperti perancangan strategik untuk mengubal polisi awam untuk kesejahteraan komuniti.

No comments:

Post a Comment