Saturday, March 26, 2011

Pengajaran GIS DI Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) .....sambungan

Orang lain dah mula. Kita bila ....???

video
Sumber: ESRI Video

Pengajaran GIS DI Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)

Kita tangguh dulu pos menyediakan lapisan data untuk memberi laluan pada slot renungan.......

Subjek GIS banyak diajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Namun setakat mana pengetahuan GIS yang dipelajari diaplikasikan dalam bidang masing-masing masih belum menyerlah. Sebahagian fakulti pengajian tidak menjadikan subjek tersebut sebagai mandatori walaupun GIS telah disedari sebagai alat penting bagi bidang tersebut.

Sekiranya diteliti kebanyakkan dari bidang pengajian, contohnya perancangan bandar, pertanian, perhutanan, alam sekitar, pegangkutan, pentadbiran tanah, perancangan ekonomi, perancangan sosial, dan bermacam-mana bidang lagi adalah merujuk pada ruang. Oleh itu, sudah pastilah GIS adalah alat yang amat sesuai untuk digunakan bagi mengurus data-data bidang berkenaan. 

 Bagi mengoptimakan penggunaan GIS, ahli profesional dan kumpulan pelaksana (sokongan) perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran GIS mengikut bidang tugas masing-masing  (Rujuk Pos).




Saturday, March 19, 2011

Penyediaan Peta Asas


Sekiranya anda boleh mengikuti blog ini, bererti anda mempunyai bahan untuk dijadikan peta asas bagi projek anda.  Artikel ini akan menerangkan secara ringkas bagaimana hendak menyediakan peta asas bagi projek GIS menggunakan imej dari Google. Terdapat 2 kaedah bergantung kepada keadaan seperti berikut:

Kaedah 1: Sekiranya komputer anda bersambung dengan jalur lebar, capaian data dalam talian boleh dilakukan dengan menggunapakai plugin ”OpenLayers plugin” yang terdapat dalam Quantum GIS (QGIS).  Sekiranya plugin tersebut tiada dalam senarai manage plugins semasa, muat turun dan install menggunakan Fetch phyton plugin yang terdapat di menu QGIS. Tip: untuk memudahkan layer google dimasukkan dalam map canvas, Add OpenStreetMap layer dahulu dan zoom pada kawasan kerja. Kemudian baru Add Google layer yang diperlukan. Simpan hasil kerja ini sebagai projek mengikut nama fail yang telah dirancang untuk tindakan seterusnya (Contoh: Inventori Taman IK).

Kaedah 2: Sesuai dipakai dalam keadaan dimana komputer kerja anda tidak sentiasa bersambung pada jalur lebar. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah membuka perisian GoogleEarth dan zoom pada kawasan perumahan atau perkampungan yang ingin sediakan projek. Tandakan ”placemark” pada 4 penjuru imej dan ambil bacaan kordinatnya. Gunakan simbol ”placemark” berbentuk [X] atau [+] bagi memudahkan pendaftaran imej kelak. Simpan imej tersebut sebagai fail .jpg dalam folder kerja anda. Sunting fail tersebut menggunakan perisian “Paint” sekiranya perlu. Untuk meletakan imej dikedudukan yang sebenar gunakan Georeferencer plugin dalam Quantum GIS. Simpan hasil kerja ini sebagai projek mengikut nama fail yang telah dirancang untuk tindakan seterusnya (Contoh: Inventori Taman IK).

Kelebihan QGIS:  
1.  Dengan menggunakan plugin OpenLayers data geo dalam web seperti OpenStreet, Google Satelite / Google street dapat dibuka secara langsung untuk dijadikan sebagai layer rujukan atau peta asas.
2.  Apabila imej telah didaftarkan menggunakan Georeferencer plugin ia akan ditukarkan menjadi imej geotiff. Dalam erti kata lain imej ini boleh terus guna dalam perisian GIS lain tanpa perlu didaftarkan semula, hanya perlu tentukan sistem unjuran yang digunapakai.
3.  Sistem unjuran tempatan seperti Malaysia RSO, cassini mengikut negeri dan GDM2000 telah tersenarai untuk pilihan.

Post akan datang ............... menyedia lapisan data.

Untuk menyertai kursus Quantum GIS secara formal KLIK SINI

Mari mulakan projek GIS........ 
Quantum GIS percuma + maklumat di mana-mana + minat
=
"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Thursday, March 17, 2011

Relevenkah GIS?

video
Sumber: ESRI video

Pahit getir yang dihadapi oleh pekerja masa lampau mengurus dan menganalisis maklumat secara manual. Sekarang sudah ada GIS. Rugilah kita sekiranya tidak menggunakannya .......... Sudah ada yang percuma pulak tu (Quantum GIS)........ Yang perlu cuma MINAT untuk belajar.

"HAPPY GIS DAY 2011 - UPM"
Naturing 1Malaysia through GIS

Pandangan bagaimana GIS perlu diterap dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bukan bermula di universiti tetapi peringkat sekolah .... APA PANDANGAN ANDA?

video
Sumber: Teacher TV

Saturday, March 12, 2011

Pra-Penyediaan Projek


Perancangan adalah perlu sebelum memulakan sesebuah projek GIS. Soalan-soalan penting perlu dijawap.

Apa yang ingin anda lakukan?: Menyediakan projek inventori taman perumahan atau kampung anda.

Apakah Nama Projek Anda?:  Inventori Taman Impian Kasih

Apakah Maklumat yang diperlukan?:
  • Peta asas
  • Maklumat utiliti (tiang, tiang lampu, pili bomba, rangkaian perpaitan, rangkaian kabel eletrik, bangku, alat permainan taman, dsb.)
  • Taburan pokok-pokok besar

Dimanakah data dapat diperolehi?
  • Peta asas (Google-Earth)
  • Maklumat utiliti (kerja lapangan)
  • Taburan pokok-pokok besar (kerja lapangan)
Persediaan lain yang perlu:
  • Muat-turun Quantum-GIS dari www.qgis.org
  • Pasang perisian Quantum GIS dalam komputer anda
     
Langkah selanjutnya …………………

Untuk menyertai kursus Quantum GIS secara formal klik Link ini

Mari mulakan projek GIS........ 
Quantum GIS percuma + maklumat di mana-mana + minat
=
"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, March 6, 2011

Kursus Modul 1: Quantum GIS – Penyediaan Lapisan Data


Peluang baik untuk belajar Quantum GIS secara formal. Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia akan menganjurkan kursus di atas pada 10 – 12 Mei 2011 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Kuala Lumpur. Kursus ini adalah terbuka kepada semua.

Sila layari http://www.townplan.gov.my atau KLIK SINI untuk melihat dan muat turun brosur kursus.

Saturday, March 5, 2011

Soalan Penting Dalam GIS

Apa yang ingin anda lakukan? Soalan ini  perlu sentiasa ditanya pada setiap langkah dalam menggunakan GIS. Ianya banyak memberi panduan untuk melaksanakan kerja GIS seterusnya.

Peringkat penyediaan projek: Jawapannya akan menentukan apakah maklumat-maklumat yang diperlukan bagi projek tersebut. Di mana hendak mendapatkan maklumat? Adakah maklumat tersebut telah tersedia atau perlu disediakan sendiri?

Mencerap dan menyunting data: Jawapan ini akan menentukan drawing dan editing tools mana yang perlu digunakan.

Menganalisis data: Jawapan ini akan menentukan kaedah analisis  serta analysis tools mana yang perlu digunakan. 

Pemaparan data: Jawapan ini akan menentukan kaedah persembahan: visual atau bercetak, map /  table / map composer  yang perlu digunakan.

Contoh projek:  Inventori Taman Impian Kasih

Mari mulakan projek GIS........ 
Quantum GIS percuma + maklumat di mana-mana + minat
=
"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"