Saturday, March 19, 2011

Penyediaan Peta Asas


Sekiranya anda boleh mengikuti blog ini, bererti anda mempunyai bahan untuk dijadikan peta asas bagi projek anda.  Artikel ini akan menerangkan secara ringkas bagaimana hendak menyediakan peta asas bagi projek GIS menggunakan imej dari Google. Terdapat 2 kaedah bergantung kepada keadaan seperti berikut:

Kaedah 1: Sekiranya komputer anda bersambung dengan jalur lebar, capaian data dalam talian boleh dilakukan dengan menggunapakai plugin ”OpenLayers plugin” yang terdapat dalam Quantum GIS (QGIS).  Sekiranya plugin tersebut tiada dalam senarai manage plugins semasa, muat turun dan install menggunakan Fetch phyton plugin yang terdapat di menu QGIS. Tip: untuk memudahkan layer google dimasukkan dalam map canvas, Add OpenStreetMap layer dahulu dan zoom pada kawasan kerja. Kemudian baru Add Google layer yang diperlukan. Simpan hasil kerja ini sebagai projek mengikut nama fail yang telah dirancang untuk tindakan seterusnya (Contoh: Inventori Taman IK).

Kaedah 2: Sesuai dipakai dalam keadaan dimana komputer kerja anda tidak sentiasa bersambung pada jalur lebar. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah membuka perisian GoogleEarth dan zoom pada kawasan perumahan atau perkampungan yang ingin sediakan projek. Tandakan ”placemark” pada 4 penjuru imej dan ambil bacaan kordinatnya. Gunakan simbol ”placemark” berbentuk [X] atau [+] bagi memudahkan pendaftaran imej kelak. Simpan imej tersebut sebagai fail .jpg dalam folder kerja anda. Sunting fail tersebut menggunakan perisian “Paint” sekiranya perlu. Untuk meletakan imej dikedudukan yang sebenar gunakan Georeferencer plugin dalam Quantum GIS. Simpan hasil kerja ini sebagai projek mengikut nama fail yang telah dirancang untuk tindakan seterusnya (Contoh: Inventori Taman IK).

Kelebihan QGIS:  
1.  Dengan menggunakan plugin OpenLayers data geo dalam web seperti OpenStreet, Google Satelite / Google street dapat dibuka secara langsung untuk dijadikan sebagai layer rujukan atau peta asas.
2.  Apabila imej telah didaftarkan menggunakan Georeferencer plugin ia akan ditukarkan menjadi imej geotiff. Dalam erti kata lain imej ini boleh terus guna dalam perisian GIS lain tanpa perlu didaftarkan semula, hanya perlu tentukan sistem unjuran yang digunapakai.
3.  Sistem unjuran tempatan seperti Malaysia RSO, cassini mengikut negeri dan GDM2000 telah tersenarai untuk pilihan.

Post akan datang ............... menyedia lapisan data.

Untuk menyertai kursus Quantum GIS secara formal KLIK SINI

Mari mulakan projek GIS........ 
Quantum GIS percuma + maklumat di mana-mana + minat
=
"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

No comments:

Post a Comment