Saturday, April 23, 2011

Memilih Objek


Keupayaan memilih objek adalah asas bagi sesebuah perisian GIS. QGIS menyediakan tool Select Features untuk memilih objek.

Untuk memilih objek, aktifkan butang tool Select Features kemudian letakan penunjuk ke atas objek yang ingin dipilih kemudian tekan butang kiri tetikus.Bagi memilih objek lebih dari satu tekan butang Ctr pada papan kekunci bersama butang kiri tetikus untuk memilih objek seterusnya.

Selain dari tools asas, anda boleh muat turun dan pasang tools yang telah disediakan oleh pihak ketiga bagi mempelbagaikan kaedah untuk membuat pemilihan objek. Bagi tujuan ini muat turun dan pasang plugin SelectPlus Menu. Dengan menggunakan tool ini anda boleh pelbagai kaedah pemilihan objek.


 Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, April 16, 2011

PlugIn Mesti Pasang


Fungsi-fungsi khusus GIS dalam perisian Quantum GIS (QGis) dibangunkan dalam bentuk Plugin. Terdapat 2 kategori Plugin iaitu yang dibangunkan oleh Pasukan Pembangun QGis dan satu lagi adalah yang dibangunkan oleh pihak ketiga.

Kategori pihak ketiga adalah merupakan komuniti pengguna QGIS global yang mencipta atau telah menghasilkan fungsi GIS yang khusus bagi bidang masing-masing dan ingin berkongsi ciptaan mereka dengan pengguna lain.

Untuk memuat turun senarai Plugin yang berada dalam simpanan gunakan [Menu] Fetch Phyton Plugins dalam QGis. Senarai Plugins yang dihasilkan oleh pasukan Pembangunan QGis akan dimuat turun untuk dipaparkan. 

Plugins yang disumbangkan oleh pihak ketiga boleh dimuat turun dan dipaparkan dengan menekan butang Add 3rd Parties Repositories dalam tab Repositories. Daripada senarai Plugins yang dipaparkan anda boleh memilih dan memasang Plugins yang berkaitan dengan tugasan anda.

Berikut adalah antara Plugins yang biasa digunakan dalam kerja seharian GIS:
  1. SelectPlus Menu
  2. Spatial Query Plugin
  3. FindByAttribute Plugin
  4. Table Manager 
  5. Statis 
  6. eVis 
  7. fTools 
  8. OpenLayers Plugin
 
Selamat mencuba .........................................

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, April 9, 2011

Mempercepatkan Pemaparan Peta


Pemaparan peta dalam Quantum GIS melalui proses rendering. Setelah proses rendering tamat, barulah semua data objek dalam peta akan dipaparkan sepenuhnya. Sekiranya data spatial mengandungi banyak objek (poligon, garisan, titik dan data raster) tempoh yang diambil untuk memaparkan keseluruhan objek akan memakan masa.

Perisian Quantum GIS yang baru dipasang telah disetkan dalam mod prestasi minima. Oleh itu untuk meningkatkan kecekapan sistem konfigurasi perlu dilakukan sebelum digunakan. Bagi merubah konfigurasi pilih  [Menu]: System\Option dan tukar parameter pada perkara yang ditandakan merah. Nilai Number of features to draw before updating the display perlu diset sekurang-kurangnya 500. Anda boleh merubahnya mengikut keperluan kerja anda.



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, April 2, 2011

Penyediaan Lapisan Data


Sebelum menyediakan sesuatu lapisan data perancangan rekabentuk perlu dilakukan.  Rekabentuk lapisan data perlu mengandungi perkara-perkara beribut:

        • Nama fail
        • Keterangan kandungan
        • Struktur pangkalan data
        • Jenis data
        • Sistem unjuran
        • Sumber data
        • Tarikh data disediakan
        • Penyedia

Contoh Rekabentuk Lapisan Data
Selain bertujuan untuk dijadikan panduan semasa menyediakan lapisan data, dokumentasi rekabentuk lapisan data boleh dijadikan sebagai metadata lengkap setelah lapisan data disediakan. Untuk memudahkan perkongsian data nama fail rekabentuk hendaklah sama dengan nama fail lapisan data yang berkenaan. Dengan cara ini metadata bagi lapisan data akan mudah untuk disalin bersama dengan fail komponen lapisan data untuk pengedaran dan perkongsian.

Langkah pertama untuk menyediakan lapisan data adalah dengan membuka peta asas yang telah disediakan sebelum ini.
  1. Mulakan Quantum GIS dan buka fail projek; Taman IK.
  2. Untuk menyediakan lapisan baru, guna toolbar New Shapefile Layer.
  3. Berpandukan rekabentuk lapisan data pilih jenis data dan masukkan maklumat Struktur Pangkalan Data  mengikut rekabentuk dan simpan fail mengikut nama yang telah dirancang.
  4. Gunakan tools yang terdapat dalam toolbar Digitizing dan Advance Digitizing untuk memasukkan dan menyunting data.
Selamat mencuba ......  
"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"