Saturday, June 18, 2011

Memaparkan data google dan openstreet


Qgis mempunyai plugin bagi membolehkan data google earth dan open street dibuka sebagai lapisan data secara dalam talian.Bagi tujuan ini anda perlu memuat turun dan memasang plugin  OpenLayer.

Dengan fungsi ini anda boleh melapiskan data yang telah disediakan ke atas imej google untuk dibuat perbandingan atau menjadikan imej tersebut sebagai peta asas atau mencerap objek yang terdapat dalam imej tersebut sebagai maklumat tambahan bagi projek anda. Malah banyak lagi yang boleh dimanfaatkan dengan adanya kemudahan ini. Semuanya bergantung kepada objektif projek atau tugasan yang dibuat.

Sebagai penutup dalam siri plugin mesti pasang, telitilah plugin-plugin yang terdapat dalam repository pembangun dan pihak ketiga. Mungkin telah terdapat plugin yang disediakan sesuai dengan apa yang ingin anda lakukan.


Selamat mencuba .........................................

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

2 comments:

  1. Salam. En Ali and all. QGIS 1.7 Wrocklow just released yesterday on June 19. Ada perbezaan dari segi symbol dan juga tool2 baru.. Teknologi makin hari makin cepat bertambah, bagaimana pula tahap aplikasi kita di Malaysia!

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih kerana mengikuti perkembangan QGIS. Semoga perkembangan QGIS di Malaysia lebih bersemarak.

    ReplyDelete