Tuesday, December 25, 2012

Menyambung data atribut ke data peta

Adakah anda sedar, dalam format apakah kebanyakan data seperti alamat rumah, senarai pusat membeli-belah, senarai sekolah, maklumat tanah dan seumpamanya dimasukkan atau disimpan? Perisian yang amat popular yang digunakan bagi tujuan ini adalah hamparan kertas kerja seperti Ms Excel bagi produk Microsoft atau Calc bagi Open Office. Sekiranya data tersebut ingin digunakan bersama QGis berikut adalah langkah-langkahnya:
  • Sediakan lapisan data dalam QGIS yang menunjukan lokasi tempat seperti yang terdapat dalam senarai yang digunakan.
  • Sediakan medan penghubung dan masukkan teks rujukan bagi objek yang diwujudkan. Pastikan teks rujukan tersebut juga wujud dalam rekod hamparan kertas kerja.
  • Simpan fail hamparan kertas kerja dalam format csv.
  • Pastikan anda telah memasang plugin mmqgis dalam komputer anda. Aktifkan plugin tersebut dan pilih submenu berikut:.

  • Dalam kotak dialog yang muncul;
a.   Masukkan nama fail csv yang berkaitan.
b.   Masukkan nama medan penghubung yang menyimpa maklumat teks rujukan
c.   Masukkan nama fail maklumat baru yang telah disambung
d.   Masukkan nama fail dimana rekod yang tidak ditemui perlu disimpan.
e.   Tekan butang untuk tamatkan.


Hasilnya, maklumat atribut data peta dan data dalam format csv akan disambungkan. Perhatikan medan yang terdapat dalam fail peta dan fail atribut digabungkan dalam satu fail.




  
                                  Atribut LOT BGN-5                            Atribut MakTnh-CSV

Selamat mencuba .........................................

BELAJAR SENDIRI QGIS


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, October 6, 2012

Mengguna Data MRSO ArcGIS


Pernahkan anda mengguna data ArcGIS dengan unjuran Malaysia Rectified Skew Orthomophic (MRSO) dalam QGIS bersama dengan Openlayer plugin. Sekiranya pernah pasti anda akan mengalami perkara yang sama seperti yang saya hadapi. Peta Semenanjung Malaysia akan terletak di selatan Negara Thailand. Apakah data tersebut salah atau mempunyai ralat?

  
Ada kemungkinannya ya dan tidak. Untuk menyemaknya, pastikan bacaan kordinat data ArcGIS menggunakan perisian ArcGIS adalah betul. Sekiranya bacaan tersebut betul, data tersebut mempunyai harapan untuk digunakan dalam QGIS dengan jayanya. Sekiranya tidak, abaikan sahaja data tersebut dan cari data yang lain atau betulkan data tersebut ke kordinat yang betul terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Petuanya; Data shapefile dari ArcGIS dengan unjuran MRSO tidak boleh digunakan secara terus dalam QGIS. Anda perlu membuat beberapa langkah tambahan sebelum ianya dapat digunakan. Namun  ia memerlukan kepada perisian MapInfo versi 9 ke atas yang mempunyai fail prj dengan parameter RSO Semenanjung Malaysia. Berikut adalah langkah yang dicadangkan untuk ambil bagi membolehkan data tersebut digunakan dengan jayanya.

Langkah 1: Gunakan Universal Translator dalam MapInfo untuk menukar format data shapefile kepada tab. Pilih sistem unjuran RSO Semenanjung Malaysia sebagai sistem unjuran bagi data tersebut.

Langkah 2: Buka lapisan data yang telah diubah format kepada tab dan simpan fail tersebut sebagai satu fail lain dalam unjuran WGS84.

Langkah 3: Buka QGIS dan plugins Openlayer. Zoom imej satelit google ke Semenanjung Malaysia. Buka lapisan data tab dengan unjuran WGS84. Lihat hasilnya. NGAM ...


Zoom ke Pulau Langkawi. Apa komen anda?




Sekiranya rakan-rakan mempunyai cara lain, sila kemukakan untuk perkongsian bersama.

 Selamat mencuba .........................................

BELAJAR SENDIRI QGIS.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Monday, September 17, 2012

Pengelasan Cerun


Untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembangunan, kawasan bercerun yang tidak sesuai untuk pembangunan perlu dibezakan. Secara umumnya kawasan yang sesuai untuk pembangunan, kecerunannya tidak melebihi 15 darjah.

Data cerun yang dihasilkan adalah dalam jenis data raster. Untuk membuat pegelasan cerun, operasinya lebih mudah sekiranya menggunakan data vertor. Dalam QGIS terdapat fungsi untuk menukar data raster kepada data vektor.

Untuk menukar data cerun (slope20) kepada data vektor (slopeR2V) ikuti langkah berikut:

Menu:Raster > Conversion > Poligonized (Raster to Vector)




Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"


Saturday, September 8, 2012

Analisis Permukaan


Data ketinggian boleh digunakan untuk membuat pelbagai analisis permukaan. Antara analisis permukaan yang kerap digunakan adalah analisis kecerunan. Analisis ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kawasan yang cerun dan kawasan yang landai. Ia amat berguna bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembangunan atau penentuan penjajaran jalan untuk mengelak kawasan yang curam.

Langkah-langkah untuk melaksanakan analisis kecerunan menggunakan QGIS adalah seperti berikut:

Aktifkan Raster Terrain Analysis Plugin dan buka lapisan data raster tinggian (tin20). Pilih menu: Raster > Terrain analysis > slope.

Masukkan elevation layer dan namakan lapisan dapat yang akan dihasilkan. Masukkan nilai z factor. Nilai z factor adalah nisbah unit menegak berbanding unit mendatar bagi data yang digunakan.

Contoh 1:
unit peta (mendatar) – meter
sela kontur (menegak) – meter
z factor = 1

Contoh 2:
unit peta (mendatar) – meter
sela kontur (menegak) – kaki (1 kaki= 0.305meter)
z factor = 0.305




Nota: Nilai cerun yang dihasilkan melalui analisis kecerunan menggunakan plugin ini adalah darjah.

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, September 1, 2012

Interpolasi


Interpolasi adalah merupakan satu kaedah matematik yang digunakan  untuk menganggar nilai yang tidak diketahui dengan merujuk kepada nilai  terdekat yang diketahui. Dalam GIS kaedah interpolasi digunakan bagi mendapatkan maklumat yang bersifat berterusan seperti ketinggian, tahap kebisingan, pencemaran dan seumpamanya.

Cerapan data sebegini biasanya menggunakan data sampel yang diambil bagi lokasi-lokasi terpilih. Contohnya titik ketinggian untuk data ketinggian dan bacaan parameter di stesen pengawasan bagi tahap kebisingan atau pencemaran. Untuk menganggarkan nilai bagi lokasi yang tidak dibuat pengukuran kaedah interpolasi boleh digunakan.

Melaksanakan operasi interpolasi dalam QGIS amat mudah. Namun perlu waspada terhadap GIGO kerana sekiranya sampah dimasukkan hasil yang keluar juga sampah. Oleh itu anda perlu pastikan apa yang anda ingin hasilkan terlebih dahulu. Apa yang ingin hasilkan akan menentukan data apa yang perlu dimasukkan dan bagaimana data tersebut perlu diolah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

Contohnya sekiranya anda mempunyai data kontor dan ingin menghasilkan data ketinggian, perlu dipastikan jenis interpolasi yang sesuai digunakan. Tanpa mengetahui jenis interpolasi yang sesuai, hasilnya mungkin salah atau sampah. Sekiranya digunakan untuk analisis seterusnya, keputusan yang bakal dibuat juga akan turut salah.

Untuk melaksanakan proses interpolasi dalam QGIS, aktifkan Interpolation plugin dan buka data vertor kontor dalam QGIS. Pilih menu: Raster>Interpolation. Masukkan data vektor, pilih interpolation method TIN dan fail untuk menyimpan hasil kerja. Anda juga boleh menentukan cellsize yang ingin dihasilkan. Cellsize mempengaruhi resolusi data. Semakin kecil cellsize semakin tinggi resolusi data dan semakin tinggi resolusi data semakin besar pula saiz data tersebut. Oleh itu tentukan cellsize yang optima untuk kerja anda.


Untuk paparkan hasil, ubah style dalam layer properties lapisan data yang telah dihasilkan kepada color map Pseudocolor.





Kuiz: Apakah jenis data yang dihasilkan melalui proses interpolasi? Data vektor atau data raster?

Selamat mencuba .........................................

BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, June 30, 2012

Plugins Group Stats


QGIS versi 1.8 telah dilancarkan baru-baru ini. Bersama dengan pelancaran tersebut beberapa plugins baru telah disumbangkan oleh komuniti QGIS. Antaranya yang didapati amat berguna adalah Group Stats.

Plugins Group stat amat membantu untuk menganalisis data. Sebelum ini penganalisaan data hanya boleh dibuat secara satu persatu. Dengan adanya plugins ini analisis data secara kumpulan dapat dibuat dengan lebih mudah.

Berikut adalah contoh data profil kampung yang mempunyai banyak atribut dianalisa untuk mendapatkan statistik bilangan kampung mengikut kategori dan corak petempatan serta kedapatan kemudahan sekolah rendah mengikut corak petempatan.


Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, June 23, 2012

Gambar Lawatan Tapak


Semasa menyediakan projek, seringkali lawatan tapak diadakan. Gambar dalam kawasan kajian dan kawasan sekitarnya dirakam untuk rujukan sekembali di pejabat. Penyimpanan dan pengurusan maklumat bergambar boleh dibuat menggunakan QGIS.

Untuk melaksana fungsi ini, seperti penyediaan lapisan data yang lain, perancangan awal perlu dibuat. Rekabentuk lapisan data perlu disediakan. Anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 medan untuk mengisi rekod fail foto yang dirujuk dan satu medan untuk ulasan atau catatan gambar.

Untuk rujukan lokasi, imej google satelit boleh digunakan. Data google satelit boleh dimasukkan sebagai data QGIS dengan mengaktifkan plugins Open layer di komputer yang bersambung pada internet. Ikuti langkah ini.

Gambar-gambar dalam bentuk imej perlu disunting supaya saiz fail tidak terlalu besar. Imej bersaiz besar akan melambatkan paparan data. Saiz imej yang sesuai adalah kurang dari 300 kb. Kerja-kerja penyuntingan boleh dibuat dengan menggunakan perisian seperti Mspaint dan sebagainya.

Langkah-langkah untuk menghubungkan gambar dengan lokasi rujukan adalah seperti di post berikut.


Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, June 3, 2012

Belajar Sendiri Quantum GIS


Terdapat banyak sumber dalam internet untuk belajar Quantum GIS secara percuma. Yang perlu adalah keinginan dan usaha. Saya telah membuat kompilasi tutorial yang terdapat dalam internet untuk memudahkan anda belajar sendiri Quantum GIS. Anda boleh belajar bermula dari asas hinggalah ke peringkat pertengahan. Setelah anda memahami fungsi QGIS dan konsep sistem maklumat geografi anda telah bersedia untuk meneroka dunia secara analitikal.


Selamat mencuba .........................................

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, May 26, 2012

Memahami Lapisan Data

Apabila anda memperolehi data dari pihak ketiga, untuk mengguna data tersebut anda perlu mengetahui apa yang terkandung didalamnya. Kandungan penuh data dapat diketahui dengan merujuk pada metadata lapisan data berkenaan. Tanpa metadata, kandungan data dapat diketahui dengan menggunakan logik akal atau tekaan merujuk pada data atribut yang dimasukkan.

Terdapat dua cara untuk melihat kandungan lapisan data iaitu untuk melihat data secara keseluruhan atau melihat data secara individu.

Melihat secara keseluruhan

Pilih satu lapisan data dalam panel layers.
Tekan butang kanan tetikus dan pilih Open Attribute Table
Atau
Tekan butang [Open Attribute Table].

¨      Tutup tetingkap Attribute Table

Melihat secara individu
Guna butang [Identify Features]

¨      Pilih objek lapisan data dalam map
Guna butang [Select Features].
Untuk memilih lebih dari satu objek, pilih objek sambil menekan butang [Ctrl] pada papankekunci komputer.

¨      Buka atribut objek bldgs yang dipilih
Tekan butang [Open Attribute Table].

¨      Kaedah lain untuk memilih objek
[Menu]: SelectPlus>Buat pilihan

¨      Simpan hasil kerja
[Menu]: File>Save Project
Atau
Tekan butang [Save Project]


Selamat mencuba .........................................


BELAJAR SENDIRI QGIS


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Tuesday, May 22, 2012

Plugins Openlayers Ver. 0.91

Berita baik untuk pengguna plugins Openlayers. Versi 0.91 telah diterbitkan. Sila naiktaraf versi yang anda guna sekarang untuk mengatasi masalah paparan kotak dialog hak cipta seperti post sebelum ini.

Selamat mencuba .............

BELAJAR QGIS SENDIRI

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, May 19, 2012

Plugins Openlayers 0.9

Bagi pengguna plugins Openlayers, sudahkah anda menaiktaraf kepada versi 0.9. Jika sudah apa komen  anda?

Saya telah menaiktaraf plugins Openlayers 0.71 kepada versi 0.9.  Setelah menggunanya terdapat masalah yang belum dapat diselesaikan. Apa yang dihadapi adalah apabila membuka data bersumber dari google, tak kiralah google map atau google satelite, kotak dialog akan muncul ditengah-tengah ‘Map Canvas’. Kotak dailog tersebut tidak dapat ditutup, Walaupun simbol tutup (X) ada di atas sudut sebelah kanan ianya tidak aktif. 


Oleh itu sesiapa yang mempunyai penyelesaian sila kemukakan untuk perkongsian.

Sehubungan itu nasihat saya, sekiranya anda belum menaiktaraf plugins Openlayers kepada versi 0.9 usah berbuat demikian. Tunggulah sehingga keluar versi lain atau setelah masalah ini dapat diselesaikan. Saya difahamkan masalah ini hanya berlaku di sekitar wilayah kita sahaja, pengguna di wilayah luar seperti Brazil dan Eropah tidak mengalaminya.

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, April 21, 2012

Memasukkan data ke dalam QGIS


Dalam QGIS, layer (lapisan data) adalah satu set objek spatial termasuk atributnya. Anda boleh mewujudkan QGIS layer dari pelbagai sumber seperti ARC/INFO coverages, lukisan CAD, gambar satelit, atau jadual pangkalan data. Terdapat dua jenis data layer utama iaitu Vector dan Raster.

Sekiranya anda hendak menyediakan sesuatu tugasan anda boleh menggunakan data dari pelbagai sumber dan memasukkan data tersebut ke dalam map sebagai lapisan data untuk dilihat bersama. Untuk menyimpan dokumen map yang disediakan, anda perlu menyimpan hasil kerja sebagai project file.

Gambar udara boleh dijadikan sebagai peta asas. Walau bagaimana pun gambar udara tersebut hendaklah dalam bentuk imej (data raster). Untuk memasukkan data raster dalam QGIS ikut langkah berikut:
  • [Menu]: Layer>Add Raster Layer… Pilih fail imej berkenaan.
Sekiranya anda mempunyai lapisan data lain (data vektor) yang terdapat dalam kawasan tersebut dan ingin membukanya, ikut langkah berikut:
  • [Menu]: Layer>Add Vector Layer. Pilih fail berkenaan, atau
  • Tekan butang tool [Add Vector Layer] dan pilih fail berkenaan.
Untuk menambah lapisan data dalam map, ulangi proses;
  • [Menu]: Layer>Add Vector Layer. Pilih fail01, fail02, dan seterusnya.
Untuk menyimpan hasil kerja  
  • [Menu]: File>Save Project As: Latihan01
 
Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, April 14, 2012

Pengenalan pada Quantum GIS (QGIS)

Quantum GIS (QGIS) adalah sebuah perisian “Open Source Geographical Information Systems” yang mesra pengguna. QGIS menyokong data format vektor, raster dan pangkalan data. QGIS dilesenkan di bawah GNU “General Public License”. QGIS membolehkan pengguna melihat dan menyediakan data berpeta dalam komputer. Ia menyokong banyak format data spatial (seperti ESRI shapefile, Geotiff). QGIS adalah perisian “Open Source” oleh itu ia percuma. 

Dalam QGIS, penyusunan kerja dibuat menggunakan project. Fail project mengandungi semua dokumen yang digunakan untuk menghasilkan kerja atau proses yang diurus. Dalam QGIS terdapat tiga jenis dokumen: Map, Attribute Table dan Composer. Setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza serta menu, buttons dan tools yang tersendiri.
 
Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, April 1, 2012

Paparan Maklumat


Kelebihan QGIS adalah pada fungsi pemaparan maklumat. Maklumat yang besar, boleh dipaparkan walaupun agak lambat. Data-data vektor boleh dilihat bersama dengan data seperti imej satelit google earth secara dalam talian. Keadaan ini memudahkan kerja-kerja analisis perbandingan dan kerja-kerja analisis yang memerlukan verifikasi data dengan keadaan lokasi sebenar.

Teknik simbologi yang betul boleh memberi impak yang tinggi kepada pengguna untuk menyampaikan maklumat secara berkesan. QGIS menyediakan banyak pilihan simbologi samada dalam bentuk baru atau bentuk lama.

 
Bagaimana untuk memaparkan sesuatu maklumat secara berkesan bergantung kepada objektif yang jelas dan kreativiti pengguna. Peta disediakan untuk menyampaikan cerita bukan persembahan semata-mata.

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, March 18, 2012

QGIS Dengan Data Besar


Sudahkah anda cuba menggunakan QGIS bagi kerja-kerja yang melibatkan data besar (Contohnya data kadester seluruh negeri Selangor. Terengganu atau Pahang)?. Cuba buat carian lot, carian mengikut atribut atau carian mengikut lokasi. Apa komen anda?

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, March 10, 2012

Melaksana Fungsi Union Dalam GRASS


Sebelum anda melaksanakan apa-apa fungsi analisis dalam GRASS anda perlu menukar lapisan data yang akan digunakan kepada format GRASS. Sekiranya anda belum berbuat demikian, wujudkan dua lapisan data vector dalam format GRASS, contohnya EsaGR dan LuseGR menggunakan langkah yang telah diposkan terdahulu. Kedua-dua lapisan data tersebut hendaklah bersilang antara satu sama lain.


Fungsi Union sering digunakan dalam membuat analisis spatial. Hasil akhir analisis tersebut akan mencantunkan dua lapisan data tersebut kepada satu lapisan data. Poligon baru akan terbentuk pada poligon yang bertindih dan bersilang. Data atribut bagi setiap lapisan data tersebut akan dicantumkan mengikut lokasi poligon yang diwujudkan. Untuk melaksanakan fungsi ini ikuti langkah berikut:




 



Buka attribute table LuseUnEsa dan lihat hasilnya. Langkah selanjutnya, tanya diri anda, apa yang anda ingin lakukan seterusnya.

Percubaan yang sama telah dibuat menggunakan fungsi analisis yang terdapat dalam QGIS (Vector>Geoprocessing Tools>Union). Hasilnya adalah mengecewakan kerana sebahagian dari poligon yang sepatutnya wujud, tidak terbentuk dan ada yang hilang. Sehubungan ini fungsi QGIS yang kurang berkesan dapat ditampung dengan menggunakan fungsi analisis yang terdapat dalam GRASS.  

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, March 3, 2012

Fungsi Analisis Dalam GRASS


Perisian GRASS mempunyai banyak fungsi analisis SIstem Maklumat Geografi. Oleh itu anda mempunyai lebih pilihan untuk melaksanakan analisis. Sekiranya tidak terdapat fungsi analisis dalam QGIS, anda boleh menggunakan fungsi analisis yang terdapat dalam GRASS.

Fungsi analisis yang terdapat dalam perisian GRASS boleh dicapai melalui;



Dalam melaksanakan kerja GIS, soalan penting yang perlu ditanya setiap peringkat adalah:

Apa yang ingin anda lakukan?

Awal penyediaan projek GIS: Jawapannya akan menentukan apakah maklumat-maklumat yang diperlukan bagi projek tersebut. Dimana nak dapatkan maklumat tersebut.

Mencerap dan menyunting data: Jawapan ini akan menentukan drawing dan editing tools mana yang perlu digunakan.

Menganalisis data: Jawapan ini akan menentukan analysis tools mana yang perlu digunakan.

Pemaparan data: Jawapan ini akan menentukan kaedah persembahan (map /  table / map composer)  yang perlu digunakan.

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, February 25, 2012

Menyedia Lapisan Data Raster

Mulakan QGIS atau buka projek baru sekiranya ia sudah dibuka,

Klik [Add a Raster Layer]. Pilih data raster yang hendak dibuka. Format data boleh dalam format tiff, jpg, img atau lain-lain format data raster.

Pilih lapisan data raster kemudian Klik butang kanan tetikus dan klik [Properties]. Dalam Style Tab, di bawah Contrast Enhancement pilih Stretch to MinMax.


Seterusnya untuk mengimport data raster ke GRASS ikut langkah berikut:

Klik Menu: Plugins->GRASS

Sekiranya menu Open GRASS Tools tidak aktif, pilih Open Mapset  dan buka Mapset yang telah diwujudkan sebelum ini. Sekiranya anda ingin membuat tempat penyimpanan baru pilih Open New Mapset.

Klik [Modules tab]>tekan symbol + dan pilih “Create new GRASS location and transfer data into it.”
>tekan symbol + dan pilih “Create new GRASS location from raster data.” Kemudian pilih “r.in.gdal.qgis.loc”


Kemudian pilih data raster yang hendak diimport, namakan lapisan data GRASS yang ingin dihasilkan dan nama folder dimana data tersebut akan disimpan. Kemudian klik [Run]. Setelah proses siap, tutup tetingkap tetingkap GRASS Tools.

Buka data yang dihasilkan menggunakan [Add GRASS raster layer]. 

Lihat hasil. Anda boleh membuat data enhancement sekiranya diperlukan menggunakan properties pada lapisan data seperti langkah sebelum ini.


Selamat mencuba .........................................




"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, February 18, 2012

Menyedia lapisan data GRASS dari shapefile


Sebelum mula pastikan lapisan data shapefile yang ingin diimport dibuka terlebih dahulu dalam QGIS.

Untuk mengimport data shapefile, klik;

Menu: Plugins->GRASS->Open GRASS tools

Pilih  Modules Tree tab
 
File management -> Import into GRASS -> Import vector -> “v.in.ogr.qgis –
Import loaded vector".


 Dalam OGR vector layer pilih fail yang hendak ditukar formatkan dan masukkan nama baru bagi fail yang akan dihasilkan.


 Klik [Run]. Setelah proses tamat, pesanan “Successfully finished” akan dikeluarkan. Sekarang anda boleh tutup tetingkap GRASS Tools. Data anda dalam format GRASS telah sedia untuk digunakan.
Selamat mencuba .........................................

BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"