Saturday, February 25, 2012

Menyedia Lapisan Data Raster

Mulakan QGIS atau buka projek baru sekiranya ia sudah dibuka,

Klik [Add a Raster Layer]. Pilih data raster yang hendak dibuka. Format data boleh dalam format tiff, jpg, img atau lain-lain format data raster.

Pilih lapisan data raster kemudian Klik butang kanan tetikus dan klik [Properties]. Dalam Style Tab, di bawah Contrast Enhancement pilih Stretch to MinMax.


Seterusnya untuk mengimport data raster ke GRASS ikut langkah berikut:

Klik Menu: Plugins->GRASS

Sekiranya menu Open GRASS Tools tidak aktif, pilih Open Mapset  dan buka Mapset yang telah diwujudkan sebelum ini. Sekiranya anda ingin membuat tempat penyimpanan baru pilih Open New Mapset.

Klik [Modules tab]>tekan symbol + dan pilih “Create new GRASS location and transfer data into it.”
>tekan symbol + dan pilih “Create new GRASS location from raster data.” Kemudian pilih “r.in.gdal.qgis.loc”


Kemudian pilih data raster yang hendak diimport, namakan lapisan data GRASS yang ingin dihasilkan dan nama folder dimana data tersebut akan disimpan. Kemudian klik [Run]. Setelah proses siap, tutup tetingkap tetingkap GRASS Tools.

Buka data yang dihasilkan menggunakan [Add GRASS raster layer]. 

Lihat hasil. Anda boleh membuat data enhancement sekiranya diperlukan menggunakan properties pada lapisan data seperti langkah sebelum ini.


Selamat mencuba .........................................




"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, February 18, 2012

Menyedia lapisan data GRASS dari shapefile


Sebelum mula pastikan lapisan data shapefile yang ingin diimport dibuka terlebih dahulu dalam QGIS.

Untuk mengimport data shapefile, klik;

Menu: Plugins->GRASS->Open GRASS tools

Pilih  Modules Tree tab
 
File management -> Import into GRASS -> Import vector -> “v.in.ogr.qgis –
Import loaded vector".


 Dalam OGR vector layer pilih fail yang hendak ditukar formatkan dan masukkan nama baru bagi fail yang akan dihasilkan.


 Klik [Run]. Setelah proses tamat, pesanan “Successfully finished” akan dikeluarkan. Sekarang anda boleh tutup tetingkap GRASS Tools. Data anda dalam format GRASS telah sedia untuk digunakan.
Selamat mencuba .........................................

BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, February 11, 2012

Memulakan GRASS dalam QGIS

Untuk menggunakan perisian GRASS dalam perisian QGIS samada menyediakan lapisan data atau membuat analisis, anda perlu terlebih dahulu mewujudkan folder penyimpanan data yang merujuk kepada lokasi (location) dan subfolder (mapset)  yang merupakan subfolder dimana lapisan data kerja akan disimpan.

Menu: Plugins>GRASS>Open GRASS tools

Klik pada menu Plugins  dan pilih GRASS. Sekiranya pilihan GRASS tiada, klik Plugins manager dan tandakan pada kotak GRASS.

Menu: Plugins>GRASS>New mapset

Dalam tetingkap (GRASS database) klik butang [Browse] dan arahkan ke folder kerja anda dan klik butang [choose] diikuti butang [Next]

  
Dalam tertingkap seterusnya, di medan “Create a new location” taipkan nama projek dan klik [Next].

 
Dalam tetingkap seterusnya di bawah “Coordinate System, klik [Projection] dan pilih system unjuran peta yang akan digunapakai bagi projek anda.



Dalam tetingkap seterusnya taipkan nama mapset anda atau tempat penyimpanan data anda, contohnya Kerja01 . dan tekan [Next]. 

 

Kemudian tekan [Finish]


Selamat mencuba .........................................
"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Wednesday, February 1, 2012

QGIS dan GRASS


Adakah anda perasan semasa pemasangan perisian QGIS dalam komputer anda perisian GRASS juga dipasang bersama. Apa itu GRASS? Ia adalah singkatan kepada Geographic Resources Analysis Support System iaitu satu lagi perisian terbuka dalam kategori Sistem Maklumat Geografi.

 

Perisian ini boleh digunapakai untuk mengurus data geospatial dan analisis, pemprosesan imej, menyediakan grafik / peta, pemodelan ruang dan pemaparan data. GRASS menyokong data raster dan vektor dalam 2 dan 3 dimensi. Data vektor adalah dalam bentuk topologi, bermaksud sempadan atau centroid bagi polygon tidak boleh bertindih.

 

GRASS pada mulanya dibangunkan pada tahun 1982 bagi tujuan ketenteraan. Sehingga kini pembangunannya berterusan dan penggunaanya turut meluas. Antara penggunanya adalah NASA, NOAA, USDA, DLR, CSIRO, the National Park Service, the U.S. Census Bureau, USGS, dan banyak lagi syarikat perunding alam sekitar.


Terdapat kerjasama yang erat antara projek GRASS dan QGIS. Versi terkini QGIS, membolehkan perisian GRASS dioperasikan melalui antara muka QGIS yang mesra pengguna. Gabungan dua perisian GIS ini memberi peluang kepada anda untuk menterjemahkan  idea dalam bentuk analisis spatial dengan lebih mudah dan berkesan.

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"