Wednesday, February 1, 2012

QGIS dan GRASS


Adakah anda perasan semasa pemasangan perisian QGIS dalam komputer anda perisian GRASS juga dipasang bersama. Apa itu GRASS? Ia adalah singkatan kepada Geographic Resources Analysis Support System iaitu satu lagi perisian terbuka dalam kategori Sistem Maklumat Geografi.

 

Perisian ini boleh digunapakai untuk mengurus data geospatial dan analisis, pemprosesan imej, menyediakan grafik / peta, pemodelan ruang dan pemaparan data. GRASS menyokong data raster dan vektor dalam 2 dan 3 dimensi. Data vektor adalah dalam bentuk topologi, bermaksud sempadan atau centroid bagi polygon tidak boleh bertindih.

 

GRASS pada mulanya dibangunkan pada tahun 1982 bagi tujuan ketenteraan. Sehingga kini pembangunannya berterusan dan penggunaanya turut meluas. Antara penggunanya adalah NASA, NOAA, USDA, DLR, CSIRO, the National Park Service, the U.S. Census Bureau, USGS, dan banyak lagi syarikat perunding alam sekitar.


Terdapat kerjasama yang erat antara projek GRASS dan QGIS. Versi terkini QGIS, membolehkan perisian GRASS dioperasikan melalui antara muka QGIS yang mesra pengguna. Gabungan dua perisian GIS ini memberi peluang kepada anda untuk menterjemahkan  idea dalam bentuk analisis spatial dengan lebih mudah dan berkesan.

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

No comments:

Post a Comment