Saturday, March 10, 2012

Melaksana Fungsi Union Dalam GRASS


Sebelum anda melaksanakan apa-apa fungsi analisis dalam GRASS anda perlu menukar lapisan data yang akan digunakan kepada format GRASS. Sekiranya anda belum berbuat demikian, wujudkan dua lapisan data vector dalam format GRASS, contohnya EsaGR dan LuseGR menggunakan langkah yang telah diposkan terdahulu. Kedua-dua lapisan data tersebut hendaklah bersilang antara satu sama lain.


Fungsi Union sering digunakan dalam membuat analisis spatial. Hasil akhir analisis tersebut akan mencantunkan dua lapisan data tersebut kepada satu lapisan data. Poligon baru akan terbentuk pada poligon yang bertindih dan bersilang. Data atribut bagi setiap lapisan data tersebut akan dicantumkan mengikut lokasi poligon yang diwujudkan. Untuk melaksanakan fungsi ini ikuti langkah berikut:




 



Buka attribute table LuseUnEsa dan lihat hasilnya. Langkah selanjutnya, tanya diri anda, apa yang anda ingin lakukan seterusnya.

Percubaan yang sama telah dibuat menggunakan fungsi analisis yang terdapat dalam QGIS (Vector>Geoprocessing Tools>Union). Hasilnya adalah mengecewakan kerana sebahagian dari poligon yang sepatutnya wujud, tidak terbentuk dan ada yang hilang. Sehubungan ini fungsi QGIS yang kurang berkesan dapat ditampung dengan menggunakan fungsi analisis yang terdapat dalam GRASS.  

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

2 comments:

  1. sy student master bt research yg ada kaitan ngn mapping. Mengikut maklumat yg sy dpt, kalau nak pakai GIS, kena beli dia pinya softwre& perlu ada lesen...tp ada juga kata leh jgk pakai GIS tanpa beli..skrang nie , sy tak berapa paham mcm mna prosedurnya.leh terangkan kt sy? lagi 1 sy nak mintak suggestion mngenai mapping, yg mane ok?klu google earth sgt bgus dr google map kan..mcm mne ngn GIS?

    ReplyDelete
  2. Quantum GIS adalah perisian GIS terbuka oleh itu ianya percuma. Anda boleh muat turun perisian tersebut dari www.qgis.org dan terus guna. Rujuk post saya yang terdahulu berhubung perkara ini atau klik pautan "Teach Yourself Quantum GIS" yang terdapat disebelah kanan laman ini untuk cara menggunanya.

    Data goole map dan google earth boleh dijadikan sebagai data input bagi GIS. Anda boleh guna GIS boleh untuk tambah nilai maklumat tersebut dan olah mengikut keperluan anda.

    ReplyDelete