Saturday, April 21, 2012

Memasukkan data ke dalam QGIS


Dalam QGIS, layer (lapisan data) adalah satu set objek spatial termasuk atributnya. Anda boleh mewujudkan QGIS layer dari pelbagai sumber seperti ARC/INFO coverages, lukisan CAD, gambar satelit, atau jadual pangkalan data. Terdapat dua jenis data layer utama iaitu Vector dan Raster.

Sekiranya anda hendak menyediakan sesuatu tugasan anda boleh menggunakan data dari pelbagai sumber dan memasukkan data tersebut ke dalam map sebagai lapisan data untuk dilihat bersama. Untuk menyimpan dokumen map yang disediakan, anda perlu menyimpan hasil kerja sebagai project file.

Gambar udara boleh dijadikan sebagai peta asas. Walau bagaimana pun gambar udara tersebut hendaklah dalam bentuk imej (data raster). Untuk memasukkan data raster dalam QGIS ikut langkah berikut:
  • [Menu]: Layer>Add Raster Layer… Pilih fail imej berkenaan.
Sekiranya anda mempunyai lapisan data lain (data vektor) yang terdapat dalam kawasan tersebut dan ingin membukanya, ikut langkah berikut:
  • [Menu]: Layer>Add Vector Layer. Pilih fail berkenaan, atau
  • Tekan butang tool [Add Vector Layer] dan pilih fail berkenaan.
Untuk menambah lapisan data dalam map, ulangi proses;
  • [Menu]: Layer>Add Vector Layer. Pilih fail01, fail02, dan seterusnya.
Untuk menyimpan hasil kerja  
  • [Menu]: File>Save Project As: Latihan01
 
Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, April 14, 2012

Pengenalan pada Quantum GIS (QGIS)

Quantum GIS (QGIS) adalah sebuah perisian “Open Source Geographical Information Systems” yang mesra pengguna. QGIS menyokong data format vektor, raster dan pangkalan data. QGIS dilesenkan di bawah GNU “General Public License”. QGIS membolehkan pengguna melihat dan menyediakan data berpeta dalam komputer. Ia menyokong banyak format data spatial (seperti ESRI shapefile, Geotiff). QGIS adalah perisian “Open Source” oleh itu ia percuma. 

Dalam QGIS, penyusunan kerja dibuat menggunakan project. Fail project mengandungi semua dokumen yang digunakan untuk menghasilkan kerja atau proses yang diurus. Dalam QGIS terdapat tiga jenis dokumen: Map, Attribute Table dan Composer. Setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza serta menu, buttons dan tools yang tersendiri.
 
Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, April 1, 2012

Paparan Maklumat


Kelebihan QGIS adalah pada fungsi pemaparan maklumat. Maklumat yang besar, boleh dipaparkan walaupun agak lambat. Data-data vektor boleh dilihat bersama dengan data seperti imej satelit google earth secara dalam talian. Keadaan ini memudahkan kerja-kerja analisis perbandingan dan kerja-kerja analisis yang memerlukan verifikasi data dengan keadaan lokasi sebenar.

Teknik simbologi yang betul boleh memberi impak yang tinggi kepada pengguna untuk menyampaikan maklumat secara berkesan. QGIS menyediakan banyak pilihan simbologi samada dalam bentuk baru atau bentuk lama.

 
Bagaimana untuk memaparkan sesuatu maklumat secara berkesan bergantung kepada objektif yang jelas dan kreativiti pengguna. Peta disediakan untuk menyampaikan cerita bukan persembahan semata-mata.

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"