Saturday, June 30, 2012

Plugins Group Stats


QGIS versi 1.8 telah dilancarkan baru-baru ini. Bersama dengan pelancaran tersebut beberapa plugins baru telah disumbangkan oleh komuniti QGIS. Antaranya yang didapati amat berguna adalah Group Stats.

Plugins Group stat amat membantu untuk menganalisis data. Sebelum ini penganalisaan data hanya boleh dibuat secara satu persatu. Dengan adanya plugins ini analisis data secara kumpulan dapat dibuat dengan lebih mudah.

Berikut adalah contoh data profil kampung yang mempunyai banyak atribut dianalisa untuk mendapatkan statistik bilangan kampung mengikut kategori dan corak petempatan serta kedapatan kemudahan sekolah rendah mengikut corak petempatan.


Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, June 23, 2012

Gambar Lawatan Tapak


Semasa menyediakan projek, seringkali lawatan tapak diadakan. Gambar dalam kawasan kajian dan kawasan sekitarnya dirakam untuk rujukan sekembali di pejabat. Penyimpanan dan pengurusan maklumat bergambar boleh dibuat menggunakan QGIS.

Untuk melaksana fungsi ini, seperti penyediaan lapisan data yang lain, perancangan awal perlu dibuat. Rekabentuk lapisan data perlu disediakan. Anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 medan untuk mengisi rekod fail foto yang dirujuk dan satu medan untuk ulasan atau catatan gambar.

Untuk rujukan lokasi, imej google satelit boleh digunakan. Data google satelit boleh dimasukkan sebagai data QGIS dengan mengaktifkan plugins Open layer di komputer yang bersambung pada internet. Ikuti langkah ini.

Gambar-gambar dalam bentuk imej perlu disunting supaya saiz fail tidak terlalu besar. Imej bersaiz besar akan melambatkan paparan data. Saiz imej yang sesuai adalah kurang dari 300 kb. Kerja-kerja penyuntingan boleh dibuat dengan menggunakan perisian seperti Mspaint dan sebagainya.

Langkah-langkah untuk menghubungkan gambar dengan lokasi rujukan adalah seperti di post berikut.


Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, June 3, 2012

Belajar Sendiri Quantum GIS


Terdapat banyak sumber dalam internet untuk belajar Quantum GIS secara percuma. Yang perlu adalah keinginan dan usaha. Saya telah membuat kompilasi tutorial yang terdapat dalam internet untuk memudahkan anda belajar sendiri Quantum GIS. Anda boleh belajar bermula dari asas hinggalah ke peringkat pertengahan. Setelah anda memahami fungsi QGIS dan konsep sistem maklumat geografi anda telah bersedia untuk meneroka dunia secara analitikal.


Selamat mencuba .........................................

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"