Saturday, June 30, 2012

Plugins Group Stats


QGIS versi 1.8 telah dilancarkan baru-baru ini. Bersama dengan pelancaran tersebut beberapa plugins baru telah disumbangkan oleh komuniti QGIS. Antaranya yang didapati amat berguna adalah Group Stats.

Plugins Group stat amat membantu untuk menganalisis data. Sebelum ini penganalisaan data hanya boleh dibuat secara satu persatu. Dengan adanya plugins ini analisis data secara kumpulan dapat dibuat dengan lebih mudah.

Berikut adalah contoh data profil kampung yang mempunyai banyak atribut dianalisa untuk mendapatkan statistik bilangan kampung mengikut kategori dan corak petempatan serta kedapatan kemudahan sekolah rendah mengikut corak petempatan.


Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

2 comments:

  1. version 1.8 boleh overlay/open google tak macam 1.7? saya ada install 1.7 tp tak boleh (mungkin tak reti kot) nak overlaykan so terpaksa install 1.7..

    ReplyDelete
  2. Boleh. Untuk overlay dengan data google guna plugins Open Layers. Selain itu perlu pastikan komputer bersambung dengan internet. Saya cadangkan anda upgrade kepada versi 1.8, banyak kelebihannya.

    ReplyDelete