Monday, September 17, 2012

Pengelasan Cerun


Untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembangunan, kawasan bercerun yang tidak sesuai untuk pembangunan perlu dibezakan. Secara umumnya kawasan yang sesuai untuk pembangunan, kecerunannya tidak melebihi 15 darjah.

Data cerun yang dihasilkan adalah dalam jenis data raster. Untuk membuat pegelasan cerun, operasinya lebih mudah sekiranya menggunakan data vertor. Dalam QGIS terdapat fungsi untuk menukar data raster kepada data vektor.

Untuk menukar data cerun (slope20) kepada data vektor (slopeR2V) ikuti langkah berikut:

Menu:Raster > Conversion > Poligonized (Raster to Vector)




Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"


Saturday, September 8, 2012

Analisis Permukaan


Data ketinggian boleh digunakan untuk membuat pelbagai analisis permukaan. Antara analisis permukaan yang kerap digunakan adalah analisis kecerunan. Analisis ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kawasan yang cerun dan kawasan yang landai. Ia amat berguna bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembangunan atau penentuan penjajaran jalan untuk mengelak kawasan yang curam.

Langkah-langkah untuk melaksanakan analisis kecerunan menggunakan QGIS adalah seperti berikut:

Aktifkan Raster Terrain Analysis Plugin dan buka lapisan data raster tinggian (tin20). Pilih menu: Raster > Terrain analysis > slope.

Masukkan elevation layer dan namakan lapisan dapat yang akan dihasilkan. Masukkan nilai z factor. Nilai z factor adalah nisbah unit menegak berbanding unit mendatar bagi data yang digunakan.

Contoh 1:
unit peta (mendatar) – meter
sela kontur (menegak) – meter
z factor = 1

Contoh 2:
unit peta (mendatar) – meter
sela kontur (menegak) – kaki (1 kaki= 0.305meter)
z factor = 0.305




Nota: Nilai cerun yang dihasilkan melalui analisis kecerunan menggunakan plugin ini adalah darjah.

Selamat mencuba .........................................


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, September 1, 2012

Interpolasi


Interpolasi adalah merupakan satu kaedah matematik yang digunakan  untuk menganggar nilai yang tidak diketahui dengan merujuk kepada nilai  terdekat yang diketahui. Dalam GIS kaedah interpolasi digunakan bagi mendapatkan maklumat yang bersifat berterusan seperti ketinggian, tahap kebisingan, pencemaran dan seumpamanya.

Cerapan data sebegini biasanya menggunakan data sampel yang diambil bagi lokasi-lokasi terpilih. Contohnya titik ketinggian untuk data ketinggian dan bacaan parameter di stesen pengawasan bagi tahap kebisingan atau pencemaran. Untuk menganggarkan nilai bagi lokasi yang tidak dibuat pengukuran kaedah interpolasi boleh digunakan.

Melaksanakan operasi interpolasi dalam QGIS amat mudah. Namun perlu waspada terhadap GIGO kerana sekiranya sampah dimasukkan hasil yang keluar juga sampah. Oleh itu anda perlu pastikan apa yang anda ingin hasilkan terlebih dahulu. Apa yang ingin hasilkan akan menentukan data apa yang perlu dimasukkan dan bagaimana data tersebut perlu diolah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

Contohnya sekiranya anda mempunyai data kontor dan ingin menghasilkan data ketinggian, perlu dipastikan jenis interpolasi yang sesuai digunakan. Tanpa mengetahui jenis interpolasi yang sesuai, hasilnya mungkin salah atau sampah. Sekiranya digunakan untuk analisis seterusnya, keputusan yang bakal dibuat juga akan turut salah.

Untuk melaksanakan proses interpolasi dalam QGIS, aktifkan Interpolation plugin dan buka data vertor kontor dalam QGIS. Pilih menu: Raster>Interpolation. Masukkan data vektor, pilih interpolation method TIN dan fail untuk menyimpan hasil kerja. Anda juga boleh menentukan cellsize yang ingin dihasilkan. Cellsize mempengaruhi resolusi data. Semakin kecil cellsize semakin tinggi resolusi data dan semakin tinggi resolusi data semakin besar pula saiz data tersebut. Oleh itu tentukan cellsize yang optima untuk kerja anda.


Untuk paparkan hasil, ubah style dalam layer properties lapisan data yang telah dihasilkan kepada color map Pseudocolor.





Kuiz: Apakah jenis data yang dihasilkan melalui proses interpolasi? Data vektor atau data raster?

Selamat mencuba .........................................

BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"