Saturday, October 6, 2012

Mengguna Data MRSO ArcGIS


Pernahkan anda mengguna data ArcGIS dengan unjuran Malaysia Rectified Skew Orthomophic (MRSO) dalam QGIS bersama dengan Openlayer plugin. Sekiranya pernah pasti anda akan mengalami perkara yang sama seperti yang saya hadapi. Peta Semenanjung Malaysia akan terletak di selatan Negara Thailand. Apakah data tersebut salah atau mempunyai ralat?

  
Ada kemungkinannya ya dan tidak. Untuk menyemaknya, pastikan bacaan kordinat data ArcGIS menggunakan perisian ArcGIS adalah betul. Sekiranya bacaan tersebut betul, data tersebut mempunyai harapan untuk digunakan dalam QGIS dengan jayanya. Sekiranya tidak, abaikan sahaja data tersebut dan cari data yang lain atau betulkan data tersebut ke kordinat yang betul terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Petuanya; Data shapefile dari ArcGIS dengan unjuran MRSO tidak boleh digunakan secara terus dalam QGIS. Anda perlu membuat beberapa langkah tambahan sebelum ianya dapat digunakan. Namun  ia memerlukan kepada perisian MapInfo versi 9 ke atas yang mempunyai fail prj dengan parameter RSO Semenanjung Malaysia. Berikut adalah langkah yang dicadangkan untuk ambil bagi membolehkan data tersebut digunakan dengan jayanya.

Langkah 1: Gunakan Universal Translator dalam MapInfo untuk menukar format data shapefile kepada tab. Pilih sistem unjuran RSO Semenanjung Malaysia sebagai sistem unjuran bagi data tersebut.

Langkah 2: Buka lapisan data yang telah diubah format kepada tab dan simpan fail tersebut sebagai satu fail lain dalam unjuran WGS84.

Langkah 3: Buka QGIS dan plugins Openlayer. Zoom imej satelit google ke Semenanjung Malaysia. Buka lapisan data tab dengan unjuran WGS84. Lihat hasilnya. NGAM ...


Zoom ke Pulau Langkawi. Apa komen anda?




Sekiranya rakan-rakan mempunyai cara lain, sila kemukakan untuk perkongsian bersama.

 Selamat mencuba .........................................

BELAJAR SENDIRI QGIS.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"