Tuesday, December 25, 2012

Menyambung data atribut ke data peta

Adakah anda sedar, dalam format apakah kebanyakan data seperti alamat rumah, senarai pusat membeli-belah, senarai sekolah, maklumat tanah dan seumpamanya dimasukkan atau disimpan? Perisian yang amat popular yang digunakan bagi tujuan ini adalah hamparan kertas kerja seperti Ms Excel bagi produk Microsoft atau Calc bagi Open Office. Sekiranya data tersebut ingin digunakan bersama QGis berikut adalah langkah-langkahnya:
  • Sediakan lapisan data dalam QGIS yang menunjukan lokasi tempat seperti yang terdapat dalam senarai yang digunakan.
  • Sediakan medan penghubung dan masukkan teks rujukan bagi objek yang diwujudkan. Pastikan teks rujukan tersebut juga wujud dalam rekod hamparan kertas kerja.
  • Simpan fail hamparan kertas kerja dalam format csv.
  • Pastikan anda telah memasang plugin mmqgis dalam komputer anda. Aktifkan plugin tersebut dan pilih submenu berikut:.

  • Dalam kotak dialog yang muncul;
a.   Masukkan nama fail csv yang berkaitan.
b.   Masukkan nama medan penghubung yang menyimpa maklumat teks rujukan
c.   Masukkan nama fail maklumat baru yang telah disambung
d.   Masukkan nama fail dimana rekod yang tidak ditemui perlu disimpan.
e.   Tekan butang untuk tamatkan.


Hasilnya, maklumat atribut data peta dan data dalam format csv akan disambungkan. Perhatikan medan yang terdapat dalam fail peta dan fail atribut digabungkan dalam satu fail.




  
                                  Atribut LOT BGN-5                            Atribut MakTnh-CSV

Selamat mencuba .........................................

BELAJAR SENDIRI QGIS


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"