Sunday, October 20, 2013

Perancangan Kemudahan Masyarakat

Berasaskan keluasan kawasan pembangunan, kepadatan yang dibenarkan, jenis pembangunan yang dicadangkan, bilangan penduduk yang akan tinggal di kawasan tersebut dapat dianggarkan.Cadangan awal pembangunan adalah seperti berikut:


Kehadiran penduduk memerlukan kepada penyediaan tapak untuk kemudahan masyarakat. Garispanduan penyediaan kemudahan masyarakat digunakan untuk menilai aksesibilti pada kemudahan sediada dan menentukan perletakan kemudahan baru.





Selanjutnya penilaian aksesibiliti pada kemudahan masyarakat dilakukan. Sekiranya terdapat kawasan pembangunan baru yang tidak terletak dalam liputan perkhidmatan kemudahan masyarakat, tapak baru dikenalpasti. Tatacaranya adalah seperti berikut:


BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, October 5, 2013

Perancangan Rangkaian Jalan

Setelah kawasan sesuai untuk pembangunan dikenalpasti, perancangan rangkaian jalan boleh dilakukan. Cadangan jaringan jalan mengikut hirarki perlu meliputi kawasan pembangunan yang dikenalpasti untuk memberi kemudahan akses secara optimum. Langkah yang diambil adalah seperti berikut:
Sebahagia hasil ....

Selamat mencuba....


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, August 24, 2013

Mengenalpasti Kawasan Pembangunan Semula

Kawasan kajian di tenggara Pulau Pangkor sebahagiannya telah didiami. Selari dengan matlamat kajian, sebahagian kawasan yang telah didiami akan terlibat dalam pembangunan semula untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dan persekitaran. Dalam mengenalpasti kawasan tersebut QGIS telah digunakan. Tatacaranya adalah seperti berikut:

Dalam langkah ini lot-lot dalam lapisan data LotKajian yang memenuhi kriteria sesuai untuk pembangunan dipilih dan simpan sebagai lapisan data baru (KwPmb). Lot terpilih tersebut merupakan lot-lot yang akan sesuai untuk pembangunan dan pembangunan semula.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, June 9, 2013

Extrak Data

Kawasan yang dianalisis adalah melebihi kawasan kajian RKK Kg. Masjid Pulau Pangkor. Untuk hanya mengektrak hasil analisis dalam sempadan kawasan kajian sahaja proses berikut perlu dilakukan.




Hasilnya .......



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, May 12, 2013

Ketinggian Melebihi 60 Meter

Satu lagi kriteria yang digunakan untuk mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dimajukan berhubungkait dengan data permukaan iaitu faktor ketinggian. Bagi RKK Kg. Masjid Pulau Pangkor, hanya kawasan yang mempunyai ketinggian kurang dari 60 meter dikenalpasti sebagai berpotensi untuk dimajukan. Kawasan yang berketinggian melebihi 60 meter dijadikan kawasan berhalangan.

Untuk mengenalpasti kawasan berhalangan menggunakan QGIS, langkah berikut telah diambil. Menggunakan data kontor, kontor 60 dipilih menggunakan Query Builder dan data ini kemudiannya ditukarkan dari bentuk garisan ke poligon menggunakan Geometry Tools.




Setelah diproses akan terhasilah lapisan data kawasan yang mempunyai ketinggian 60 meter keatas iaitu kawasan berhalangan untuk pembangunan.




"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, May 4, 2013

Analisis Kecerunan

Untuk menjana lapisan data cerun plugin Terrain analysis perlu diaktifkan. Langkah yang diambil adalah seperti berikut:


Hasilnya ...  data raster sebegini.


Mengenalpastii kawasan berkecerunan melebihi 20 darjah mengguna Raster calculator


Hasilnya ..... data raster. Sel berwarna merah adalah kawasan berkecerunan melebihi 20 darjah.


Untuk menukar data raster ke data vektor gunakan tool Conversion.




Hasilnya ..... data vektor.


Nota: Hasil analisis kecerunan yang dijana melalui GIS berbeza-beza bergantung pada parameter yang digunakan bermula dari peringkat interpolasi hinggalah ke peringkat yang terakhir. Oleh itu perlulah tatacara ini ditetapkankan dan diseragamkan untuk mendapat hasil yang lebih konsisten.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"


Sunday, April 28, 2013

Interpolasi

Untuk melaksanakan fungsi interpolasi dalam QGIS plugin Interpolation perlu dipasang terlebeh dahulu. Setelah dipasang ianya akan dimasukkan dalam kumpulan menu Raster. Pilih menu tersebut dan masukkan parameter yang diperlukan.


Tukar parameter bagi kaedah interpolasi IDW. Nilai yang perlu dimasukkan dicadangkan sama dengan sela kontor lapisan data iaitu 20.

 

Setelah semua parameter dimasukkan, tekan butang OK dan proses interpolasi bermula. Apabila proses tamat, lapisan data permukaan akan terhasil dan dipaparkan. Paparannya adalah dalam Greyscale. Tukarkan Style > Color map peta tersebut ke Pseudocolor.


Tekan butang OK. Hasil yang akan diperolehi adalah seperti berikut.


Data permukaan ini akan menjadi asas bagi menjana peta kecerunan dan jenis data permukaan yang lain.



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"


Sunday, April 21, 2013

Menyedia lapisan data permukaan

Dalam menentukan kawasan yang sesuai untuk pembangunan bagi Kg. Masjid Pulau Pangkor, terdapat 2 kriteria yang ada berhubung kait dengan data permukaan. Kriteria tersebut adalah seperti berikut:
  1. Ketinggian tidak melebihi 60 meter
  2. Kecerunan tidak melebihi 20 darjah
Sehubungan ini maklumat ketinggian diperlukan untuk menyediakan lapisan data permukaan sebelum data ketinggian dan kecerunan dapat dijana. Lapisan data ketinggian yang tersedia untuk kegunaan kajian RKK Kg. Masjid Pulau Pangkor adalah data kontor dengan sela 20 meter. Walaupun sela tersebut adalah besar namun disebabkan kekangan data, ia digunakan sebagai panduan kasar bagi penentuan kawasan yang mempunyai ciri tersebut.


Proses utama yang perlu dilalui untuk menghasilkan data ketinggian dan kecerunan dari lapisan data kontor adalah seperti berikut:

Untuk memudahkan penggunaan data sebelum proses interpolasi dilaksanakan lapisan data kontor ditukar sistem unjurannya kepada cassini Perak atau MRSO. Tujuan penukaran ini adalah untuk menyeragamkan unit pengukuran mendatar dan menegak kepada unit meter. Unit meter dipilih kerana sela kontor adalah dalam unit meter. Untuk melaksanakan langkah ini simpan lapisan data ini menggunakan arahan <save as> dan tukar <CRS> kepada <Cassini GDM2000 / Perak Grid>.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"


Tuesday, April 9, 2013

Maklumat Pengamatan

Satu sesi perbincangan yang dihadiri oleh ahli pasukan kajian dari URP3 telah diadakan untuk membentangkan hasil lawatan tapak. Dalam perbincangan tersebut, isu-isu sektor pengangkutan, infrastruktur dan alam sekitar telah dibentangkan dengan menggunakan QGIS dan slaid.

Dengan menggunakan QGIS dan imej satelit google, maklumat berasaskan pengamatan dan temubual oleh ahli pasukan kajian dengan penduduk setempat telah dapat dicerapkan dan dipetakan menggunakan kaedah penditan skrin. Ahli pasukan telah memberi input masing-masing mengikut kawasan yang ditugaskan semasa kajian lapangan. Maklumat tersebut telah disimpan dalam 3 lapisan data iaitu  pencemaran pantai, banjir dan tahap kepadatan bangunan.

Dalam aktiviti ini, QGIS telah dapat membantu ahli pasukan kajian untuk mengumpul dan menyimpan maklumat berasaskan pengamatan sebagai lapisan data untuk digunakan dalam membuat analisis tapak kelak.



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, March 30, 2013

Foto kawasan kajian

Pada 12 hingga 15 Mac yang lalu, pasukan kajian telah menjalankan kajian lapangan di Kg.Masjid, Pulau Pangkor. Maklumat yang dikumpul meliputi aspek gunatanah, sosio-ekonomi, pengangkutan, infrastruktur, utiliti dan alam sekitar. Semasa kajian lapangan juga banyak foto berhubung aspek kajian telah dirakamkan. Kamera dan telefon pintar telah digunakan untuk merakam gambar tersebut.

Sekembali ke pejabat, foto-foto yang telah dirakam dihubungkan mengikut lokasi menggunakan QGIS. Dalam proses tersebut plugins berikut telah digunakan.

  1. Photo2Shape: Plugin untuk mewujudkan lapisan data titik dari foto yang mempunyai rujukan kedudukan (yang dirakam menggunakan telefon pintar).
  2. eVis: Plugin untuk menghubungkan bahan rujukan dengan data vektor.
Berikut adalah langkah yang diambil.
  • Wujudkan satu folder untuk menyimpan foto-foto yang telah dirakam.
  • Salin semua foto yang dirakam ke folder yang diwujudkan.
  • Aktifkan plugin Photo2Shape dan masukkan maklumat yang diperlukan.

Data atribute yang dihasilkan


Konfigurasi eVis


Paparan foto mengguna eVis


  • Ubah lokasi data titik sekiranya tidak betul menggunakan "editing tools".
  • Pinda rekabentuk struktur pangkalan data mengikut keperluan. Medan yang tidak penting dihapuskan dan medan baru diwujudkan.
    • Medan yang dihapus
      • longitude
      • latitude
      • altitude
      • north
      • direction
      • gps_date
    • Medan baru
      • Nota: Untuk mencatat penerangan mengenai gambar


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, March 17, 2013

Data Kontor

Data kontor keseluruhan Negeri Perak  telah diterima dari BMGN untuk Projek RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor. Data tersebut adalah dalam format shapefile. Setelah dibuka menggunakan QGIS didapati lapisan data tersebut tidak terletak di lokasi yang sepatutnya. Untuk membolehkan data tersebut digunakan dalam kajian ini, pemerhatian dan transformasi data perlu dibuat untuk meletakkan data tersebut dilokasi yang betul.

Lazimnya maklumat kontor diperoleh dari peta topografi. Peta topografi pula menggunakan sistem unjuran MRSO. Oleh itu andaian pertama yang boleh dibuat adalah data kontor juga menggunakan sistem ujuran MRSO. Persoalan seterusnya mengapa data tersebut tidak terletak dilokasi yang sepatutnya walaupun unjuran MRSO telah digunakan pada lapisan data tersebut? Seperti yang diterbitkan dalam pos mengguna data MRSO ArcGIS, andaian kedua adalah kemungkinan data ini disediakan menggunakan perisian ArcGIS. Oleh itu data tersebut perlu ditransformasi untuk disesuaikan dengan parameter sistem unjuran yang terdapat dalam QGIS.

Oleh kerana data kontor bagi keseluruhan Negeri Perak agak berat, untuk langkah selanjunya hanya data yang merujuk pada sekitar Pulau Pangkor secara relatif telah dipilih dan disimpan sebagai satu lapisan baru. Selanjutnya lapisan data baru telah ditransformasi mengikut kaedah yang telah diterangkan dalam pos  mengguna data MRSO ArcGIS. Hasilnya .....



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"


Sunday, March 10, 2013

Latihan QGIS

Pada 5 dan 6 Mac lalu ahli pasukan kajian RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor telah menjalani latihan QGIS di Makmal Komputer JPBDSM sebagai persediaan untuk lawatan tapak pada 11-15 Mac. Dalam latihan tersebut peserta telah didedahkan dengan fungsi-fungsi yang terdapat dalam QGIS yang boleh digunapakai dalam membuat cerapan data di lapangan.


Skop latihan adalah seperti berikut:

  • Memasang perisian QGIS
  • Pengenalan kepada QGIS: menu, butang dan fungsinya
  • Memasang plugins
  • Membuka data google satelit
  • Mumbuka data vektor
  • Menyedia lapisan data
  • Meyunting lapisan data
  • Mempersembahkan data

Plugins berikut telah diaktifkan untuk digunapakai semasa latihan:

  • Open Layer
  • Mmqgis
  • Table Manager
  • fTools
  • Plugins Installer

Hasil latihan, ahli pasukan RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor telah berupaya untuk menggunapakai QGIS dan kaedah menyedia lapisan data mengikut rekabentuk Manual GIS Rancangan Pemajuan yang disediakan oleh BMGN.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"



Saturday, March 2, 2013

Peta Asas

Kajian lapangan untuk penyediaan RKK Kg. Masjid Pulau Pangkor akan dimulakan pada 12-14 Mac 2013. Setiap sektor telah menyenaraikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Untuk pengumpulan dan penyimpanan maklumat, struktur pangkalan data yang disediakan oleh Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) dijadikan sebagai panduan.

Sebagai asas dan panduan untuk pengumpulan data spatial, lapisan data imej satelit google dan kadaster digunakan. Walaupun kedua-dua lapisan data tersebut tidak terkini, ia amat membantu sebagai panduan kerja-kerja di lapangan.






Sebelum membuat kajian lapangan, pasukan kajian mebuat persediaan awal dengan menyediakan lapisan data mengikut format dan struktur lapisan data seperti yang digariskan oleh BMGN. Untuk kajian lapangan, lembaran kerja berikut perlu disediakan:
  1. Peta: Pecahan kawasan kajian mengandungi imej satelit dan kadaster untuk menanda dan melabel lokasi / kawasan maklumat yang dicerap
  2. Jadual: Mengandungi tajuk medan mengikut struktur lapisan data dengan kolum-kolum kosong untuk mencatat maklumat yang dicerap semasa kajian lapangan.
Pencerapan maklumat awalan seperti rangkaian jalan dan gunatanah umum dimulakan berdasarkan maklumat imej satelit dan kadaster yang telah diperoleh. Verifikasi maklumat akan dibuat semasa kajian lapangan.



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, February 24, 2013

Penyuntingan lapisan data

FGD RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor telah diadakan pada 14 Februari lepas. Hasil dari FGD tersebut beberapa isu telah dibangkitkan oleh pihak berkepentingan berkaitan dengan guna tanah, pelancungan, infrastruktur, utiliti, pengangkutan dan alam sekitar.

Selari dengan aktiviti FGD, lapisan data yang diperoleh telah dibuka menggunakan QGIS. Sebagai rujukan imej data google earth telah dipaparkan sebagai asas dengan penggunaan OpenLayers plugin. Ketiga-tiga lapisan data yang diperolehi dapat dibuka dan terletak di lokasi yang sepatutnya. Lapisan data tersebut seterusnya disunting untuk disesuaikan dengan keperluan kajian RKK. Penyuntingan yang dibuat adalah berkaitan dengan struktur data.


Lapisan data LotKajian: Sebahagian nama medan mempunyai lebih dari 9 aksara.Oleh itu nama medan tersebut perlu dipendekkan mengikut ciri-ciri penamaan medan yang baik. Untuk memendekkan nama medan plugin table manager boleh diguna. Oleh kerana data asal adalah dalam format MapInfo, lapisan data tersebut perlu terlebih dahulu ditukarkan ke format shapefile melalui arahan save as untuk membolehkannya disunting.

Lapisan data semasa_2013: Lapisan data ini mengabungkan maklumat guna tanah dan maklumat tanah yang terdapat dalam lapisan data LotKajian. Sehubungan ini, maklumat yang berulang perlu dihapuskan. Hanya maklumat berhubung dengan guna tanah sahaja perlu dikekalkan sebagai medan.  Untuk tujuan ini fungsi plugin table manager atau fungsi yang terdapat dalam jadual atribut (delete field) boleh digunakan. Seperti menyunting lapisan data LotKajian, lapisan data semasa_2013 perlu diubah format ke shapefile sebelum ianya dapat disunting.

Lapisan data SempadanKajian: Tiada suntingan.

Setakat ini dulu buat kali ini. Sehingga post akan datang ............

BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, February 10, 2013

Memulakan Projek QGIS

Dalam post ini dan post seterusnya saya akan merakamkan langkah-langkah yang diambil oleh saya dan rakan-rakan dalam menggunakan QGIS dalam penyediaan Rancangan Kawasan Khas Kg. Masjid Pulau Pangkor (RKK Pulau Pangkor). Projek ini akan disediakan oleh Pejabat Projek Zon Tengah (JPBDSM) yang melibatkan 3 unit iaitu URP1, URP3 dan URP5.

Tujuan penulisan ini adalah sebagai nota bagi saya dan rakan-rakan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam menggunakan QGIS dari mula projek hinggakan ke peringkat pelaksanaan, InsyaAllah. Dalam projek ini, QGIS akan digunakan untuk mengumpul, menyimpan, menganlisis dan memaparkan maklumat yang digunakan dan dihasilkan dalam kajian tersebut.

Pada waktu ini, draf Asas Rujukan kajian telah disedaikan oleh URP1. Program FGD bersama penduduk akan diadakan pada minggu hadapan untuk melengkapkan Asas Rujukan. URP3 telah ditugaskan untuk terlibat dalam sektor infrastruktur, utiliti,pengangkutan dan alam sekitar. Berdasarkan Asas Rujukan yang disediakan beberapa langkah berikut telah diambil.

Langkah 1: Teliti asas rujukan dan spesifikasi projek, lokasi kawasan kajian dan sektor kajian yang terlibat.

Langkah 2: Mendapatkan dan mengkaji bahan rujukan yang berkaitan dengan kawasan kajian; RFN, RSN, RTD, lain-lain kajian yang telah disediakan dalam kawasan kajian serta garis panduan perancangan yang telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JPBDSM yang berkaitan dengan sektor yang dikaji dan kawasan kajian.

Langkah 3: Mengenalpasti maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian tersebut.

Langkah 4: Merujuk Manual Sistem Maklumat Geografi Rancangan Pemajuan dan menyalin format metadata lapisan data untuk menyimpan maklumat-maklumat yang diperlukan.

Langkah 5: Mendapatkan peta asas bagi kajian tersebut. Bagi projek ini peta asas telah dikumpul oleh URP1. Lapisan data yang dimaksudkan adalah lot kadaster (LotKajian), gunatanah semasa (semasa_2013) dan sempadan kawasan kajian (SempadanKajian). Kesemua lapisan data adalah dalam format MapInfo.

Setakat ini dulu buat kali ini. Sehingga post akan datang ............

BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"