Sunday, February 24, 2013

Penyuntingan lapisan data

FGD RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor telah diadakan pada 14 Februari lepas. Hasil dari FGD tersebut beberapa isu telah dibangkitkan oleh pihak berkepentingan berkaitan dengan guna tanah, pelancungan, infrastruktur, utiliti, pengangkutan dan alam sekitar.

Selari dengan aktiviti FGD, lapisan data yang diperoleh telah dibuka menggunakan QGIS. Sebagai rujukan imej data google earth telah dipaparkan sebagai asas dengan penggunaan OpenLayers plugin. Ketiga-tiga lapisan data yang diperolehi dapat dibuka dan terletak di lokasi yang sepatutnya. Lapisan data tersebut seterusnya disunting untuk disesuaikan dengan keperluan kajian RKK. Penyuntingan yang dibuat adalah berkaitan dengan struktur data.


Lapisan data LotKajian: Sebahagian nama medan mempunyai lebih dari 9 aksara.Oleh itu nama medan tersebut perlu dipendekkan mengikut ciri-ciri penamaan medan yang baik. Untuk memendekkan nama medan plugin table manager boleh diguna. Oleh kerana data asal adalah dalam format MapInfo, lapisan data tersebut perlu terlebih dahulu ditukarkan ke format shapefile melalui arahan save as untuk membolehkannya disunting.

Lapisan data semasa_2013: Lapisan data ini mengabungkan maklumat guna tanah dan maklumat tanah yang terdapat dalam lapisan data LotKajian. Sehubungan ini, maklumat yang berulang perlu dihapuskan. Hanya maklumat berhubung dengan guna tanah sahaja perlu dikekalkan sebagai medan.  Untuk tujuan ini fungsi plugin table manager atau fungsi yang terdapat dalam jadual atribut (delete field) boleh digunakan. Seperti menyunting lapisan data LotKajian, lapisan data semasa_2013 perlu diubah format ke shapefile sebelum ianya dapat disunting.

Lapisan data SempadanKajian: Tiada suntingan.

Setakat ini dulu buat kali ini. Sehingga post akan datang ............

BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, February 10, 2013

Memulakan Projek QGIS

Dalam post ini dan post seterusnya saya akan merakamkan langkah-langkah yang diambil oleh saya dan rakan-rakan dalam menggunakan QGIS dalam penyediaan Rancangan Kawasan Khas Kg. Masjid Pulau Pangkor (RKK Pulau Pangkor). Projek ini akan disediakan oleh Pejabat Projek Zon Tengah (JPBDSM) yang melibatkan 3 unit iaitu URP1, URP3 dan URP5.

Tujuan penulisan ini adalah sebagai nota bagi saya dan rakan-rakan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam menggunakan QGIS dari mula projek hinggakan ke peringkat pelaksanaan, InsyaAllah. Dalam projek ini, QGIS akan digunakan untuk mengumpul, menyimpan, menganlisis dan memaparkan maklumat yang digunakan dan dihasilkan dalam kajian tersebut.

Pada waktu ini, draf Asas Rujukan kajian telah disedaikan oleh URP1. Program FGD bersama penduduk akan diadakan pada minggu hadapan untuk melengkapkan Asas Rujukan. URP3 telah ditugaskan untuk terlibat dalam sektor infrastruktur, utiliti,pengangkutan dan alam sekitar. Berdasarkan Asas Rujukan yang disediakan beberapa langkah berikut telah diambil.

Langkah 1: Teliti asas rujukan dan spesifikasi projek, lokasi kawasan kajian dan sektor kajian yang terlibat.

Langkah 2: Mendapatkan dan mengkaji bahan rujukan yang berkaitan dengan kawasan kajian; RFN, RSN, RTD, lain-lain kajian yang telah disediakan dalam kawasan kajian serta garis panduan perancangan yang telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JPBDSM yang berkaitan dengan sektor yang dikaji dan kawasan kajian.

Langkah 3: Mengenalpasti maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian tersebut.

Langkah 4: Merujuk Manual Sistem Maklumat Geografi Rancangan Pemajuan dan menyalin format metadata lapisan data untuk menyimpan maklumat-maklumat yang diperlukan.

Langkah 5: Mendapatkan peta asas bagi kajian tersebut. Bagi projek ini peta asas telah dikumpul oleh URP1. Lapisan data yang dimaksudkan adalah lot kadaster (LotKajian), gunatanah semasa (semasa_2013) dan sempadan kawasan kajian (SempadanKajian). Kesemua lapisan data adalah dalam format MapInfo.

Setakat ini dulu buat kali ini. Sehingga post akan datang ............

BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"