Sunday, February 24, 2013

Penyuntingan lapisan data

FGD RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor telah diadakan pada 14 Februari lepas. Hasil dari FGD tersebut beberapa isu telah dibangkitkan oleh pihak berkepentingan berkaitan dengan guna tanah, pelancungan, infrastruktur, utiliti, pengangkutan dan alam sekitar.

Selari dengan aktiviti FGD, lapisan data yang diperoleh telah dibuka menggunakan QGIS. Sebagai rujukan imej data google earth telah dipaparkan sebagai asas dengan penggunaan OpenLayers plugin. Ketiga-tiga lapisan data yang diperolehi dapat dibuka dan terletak di lokasi yang sepatutnya. Lapisan data tersebut seterusnya disunting untuk disesuaikan dengan keperluan kajian RKK. Penyuntingan yang dibuat adalah berkaitan dengan struktur data.


Lapisan data LotKajian: Sebahagian nama medan mempunyai lebih dari 9 aksara.Oleh itu nama medan tersebut perlu dipendekkan mengikut ciri-ciri penamaan medan yang baik. Untuk memendekkan nama medan plugin table manager boleh diguna. Oleh kerana data asal adalah dalam format MapInfo, lapisan data tersebut perlu terlebih dahulu ditukarkan ke format shapefile melalui arahan save as untuk membolehkannya disunting.

Lapisan data semasa_2013: Lapisan data ini mengabungkan maklumat guna tanah dan maklumat tanah yang terdapat dalam lapisan data LotKajian. Sehubungan ini, maklumat yang berulang perlu dihapuskan. Hanya maklumat berhubung dengan guna tanah sahaja perlu dikekalkan sebagai medan.  Untuk tujuan ini fungsi plugin table manager atau fungsi yang terdapat dalam jadual atribut (delete field) boleh digunakan. Seperti menyunting lapisan data LotKajian, lapisan data semasa_2013 perlu diubah format ke shapefile sebelum ianya dapat disunting.

Lapisan data SempadanKajian: Tiada suntingan.

Setakat ini dulu buat kali ini. Sehingga post akan datang ............

BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

No comments:

Post a Comment