Saturday, March 30, 2013

Foto kawasan kajian

Pada 12 hingga 15 Mac yang lalu, pasukan kajian telah menjalankan kajian lapangan di Kg.Masjid, Pulau Pangkor. Maklumat yang dikumpul meliputi aspek gunatanah, sosio-ekonomi, pengangkutan, infrastruktur, utiliti dan alam sekitar. Semasa kajian lapangan juga banyak foto berhubung aspek kajian telah dirakamkan. Kamera dan telefon pintar telah digunakan untuk merakam gambar tersebut.

Sekembali ke pejabat, foto-foto yang telah dirakam dihubungkan mengikut lokasi menggunakan QGIS. Dalam proses tersebut plugins berikut telah digunakan.

  1. Photo2Shape: Plugin untuk mewujudkan lapisan data titik dari foto yang mempunyai rujukan kedudukan (yang dirakam menggunakan telefon pintar).
  2. eVis: Plugin untuk menghubungkan bahan rujukan dengan data vektor.
Berikut adalah langkah yang diambil.
  • Wujudkan satu folder untuk menyimpan foto-foto yang telah dirakam.
  • Salin semua foto yang dirakam ke folder yang diwujudkan.
  • Aktifkan plugin Photo2Shape dan masukkan maklumat yang diperlukan.

Data atribute yang dihasilkan


Konfigurasi eVis


Paparan foto mengguna eVis


  • Ubah lokasi data titik sekiranya tidak betul menggunakan "editing tools".
  • Pinda rekabentuk struktur pangkalan data mengikut keperluan. Medan yang tidak penting dihapuskan dan medan baru diwujudkan.
    • Medan yang dihapus
      • longitude
      • latitude
      • altitude
      • north
      • direction
      • gps_date
    • Medan baru
      • Nota: Untuk mencatat penerangan mengenai gambar


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Sunday, March 17, 2013

Data Kontor

Data kontor keseluruhan Negeri Perak  telah diterima dari BMGN untuk Projek RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor. Data tersebut adalah dalam format shapefile. Setelah dibuka menggunakan QGIS didapati lapisan data tersebut tidak terletak di lokasi yang sepatutnya. Untuk membolehkan data tersebut digunakan dalam kajian ini, pemerhatian dan transformasi data perlu dibuat untuk meletakkan data tersebut dilokasi yang betul.

Lazimnya maklumat kontor diperoleh dari peta topografi. Peta topografi pula menggunakan sistem unjuran MRSO. Oleh itu andaian pertama yang boleh dibuat adalah data kontor juga menggunakan sistem ujuran MRSO. Persoalan seterusnya mengapa data tersebut tidak terletak dilokasi yang sepatutnya walaupun unjuran MRSO telah digunakan pada lapisan data tersebut? Seperti yang diterbitkan dalam pos mengguna data MRSO ArcGIS, andaian kedua adalah kemungkinan data ini disediakan menggunakan perisian ArcGIS. Oleh itu data tersebut perlu ditransformasi untuk disesuaikan dengan parameter sistem unjuran yang terdapat dalam QGIS.

Oleh kerana data kontor bagi keseluruhan Negeri Perak agak berat, untuk langkah selanjunya hanya data yang merujuk pada sekitar Pulau Pangkor secara relatif telah dipilih dan disimpan sebagai satu lapisan baru. Selanjutnya lapisan data baru telah ditransformasi mengikut kaedah yang telah diterangkan dalam pos  mengguna data MRSO ArcGIS. Hasilnya .....



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"


Sunday, March 10, 2013

Latihan QGIS

Pada 5 dan 6 Mac lalu ahli pasukan kajian RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor telah menjalani latihan QGIS di Makmal Komputer JPBDSM sebagai persediaan untuk lawatan tapak pada 11-15 Mac. Dalam latihan tersebut peserta telah didedahkan dengan fungsi-fungsi yang terdapat dalam QGIS yang boleh digunapakai dalam membuat cerapan data di lapangan.


Skop latihan adalah seperti berikut:

  • Memasang perisian QGIS
  • Pengenalan kepada QGIS: menu, butang dan fungsinya
  • Memasang plugins
  • Membuka data google satelit
  • Mumbuka data vektor
  • Menyedia lapisan data
  • Meyunting lapisan data
  • Mempersembahkan data

Plugins berikut telah diaktifkan untuk digunapakai semasa latihan:

  • Open Layer
  • Mmqgis
  • Table Manager
  • fTools
  • Plugins Installer

Hasil latihan, ahli pasukan RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor telah berupaya untuk menggunapakai QGIS dan kaedah menyedia lapisan data mengikut rekabentuk Manual GIS Rancangan Pemajuan yang disediakan oleh BMGN.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"



Saturday, March 2, 2013

Peta Asas

Kajian lapangan untuk penyediaan RKK Kg. Masjid Pulau Pangkor akan dimulakan pada 12-14 Mac 2013. Setiap sektor telah menyenaraikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Untuk pengumpulan dan penyimpanan maklumat, struktur pangkalan data yang disediakan oleh Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) dijadikan sebagai panduan.

Sebagai asas dan panduan untuk pengumpulan data spatial, lapisan data imej satelit google dan kadaster digunakan. Walaupun kedua-dua lapisan data tersebut tidak terkini, ia amat membantu sebagai panduan kerja-kerja di lapangan.






Sebelum membuat kajian lapangan, pasukan kajian mebuat persediaan awal dengan menyediakan lapisan data mengikut format dan struktur lapisan data seperti yang digariskan oleh BMGN. Untuk kajian lapangan, lembaran kerja berikut perlu disediakan:
  1. Peta: Pecahan kawasan kajian mengandungi imej satelit dan kadaster untuk menanda dan melabel lokasi / kawasan maklumat yang dicerap
  2. Jadual: Mengandungi tajuk medan mengikut struktur lapisan data dengan kolum-kolum kosong untuk mencatat maklumat yang dicerap semasa kajian lapangan.
Pencerapan maklumat awalan seperti rangkaian jalan dan gunatanah umum dimulakan berdasarkan maklumat imej satelit dan kadaster yang telah diperoleh. Verifikasi maklumat akan dibuat semasa kajian lapangan.



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"