Saturday, March 2, 2013

Peta Asas

Kajian lapangan untuk penyediaan RKK Kg. Masjid Pulau Pangkor akan dimulakan pada 12-14 Mac 2013. Setiap sektor telah menyenaraikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Untuk pengumpulan dan penyimpanan maklumat, struktur pangkalan data yang disediakan oleh Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) dijadikan sebagai panduan.

Sebagai asas dan panduan untuk pengumpulan data spatial, lapisan data imej satelit google dan kadaster digunakan. Walaupun kedua-dua lapisan data tersebut tidak terkini, ia amat membantu sebagai panduan kerja-kerja di lapangan.






Sebelum membuat kajian lapangan, pasukan kajian mebuat persediaan awal dengan menyediakan lapisan data mengikut format dan struktur lapisan data seperti yang digariskan oleh BMGN. Untuk kajian lapangan, lembaran kerja berikut perlu disediakan:
  1. Peta: Pecahan kawasan kajian mengandungi imej satelit dan kadaster untuk menanda dan melabel lokasi / kawasan maklumat yang dicerap
  2. Jadual: Mengandungi tajuk medan mengikut struktur lapisan data dengan kolum-kolum kosong untuk mencatat maklumat yang dicerap semasa kajian lapangan.
Pencerapan maklumat awalan seperti rangkaian jalan dan gunatanah umum dimulakan berdasarkan maklumat imej satelit dan kadaster yang telah diperoleh. Verifikasi maklumat akan dibuat semasa kajian lapangan.



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

No comments:

Post a Comment