Sunday, April 28, 2013

Interpolasi

Untuk melaksanakan fungsi interpolasi dalam QGIS plugin Interpolation perlu dipasang terlebeh dahulu. Setelah dipasang ianya akan dimasukkan dalam kumpulan menu Raster. Pilih menu tersebut dan masukkan parameter yang diperlukan.


Tukar parameter bagi kaedah interpolasi IDW. Nilai yang perlu dimasukkan dicadangkan sama dengan sela kontor lapisan data iaitu 20.

 

Setelah semua parameter dimasukkan, tekan butang OK dan proses interpolasi bermula. Apabila proses tamat, lapisan data permukaan akan terhasil dan dipaparkan. Paparannya adalah dalam Greyscale. Tukarkan Style > Color map peta tersebut ke Pseudocolor.


Tekan butang OK. Hasil yang akan diperolehi adalah seperti berikut.


Data permukaan ini akan menjadi asas bagi menjana peta kecerunan dan jenis data permukaan yang lain.



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"


Sunday, April 21, 2013

Menyedia lapisan data permukaan

Dalam menentukan kawasan yang sesuai untuk pembangunan bagi Kg. Masjid Pulau Pangkor, terdapat 2 kriteria yang ada berhubung kait dengan data permukaan. Kriteria tersebut adalah seperti berikut:
  1. Ketinggian tidak melebihi 60 meter
  2. Kecerunan tidak melebihi 20 darjah
Sehubungan ini maklumat ketinggian diperlukan untuk menyediakan lapisan data permukaan sebelum data ketinggian dan kecerunan dapat dijana. Lapisan data ketinggian yang tersedia untuk kegunaan kajian RKK Kg. Masjid Pulau Pangkor adalah data kontor dengan sela 20 meter. Walaupun sela tersebut adalah besar namun disebabkan kekangan data, ia digunakan sebagai panduan kasar bagi penentuan kawasan yang mempunyai ciri tersebut.


Proses utama yang perlu dilalui untuk menghasilkan data ketinggian dan kecerunan dari lapisan data kontor adalah seperti berikut:

Untuk memudahkan penggunaan data sebelum proses interpolasi dilaksanakan lapisan data kontor ditukar sistem unjurannya kepada cassini Perak atau MRSO. Tujuan penukaran ini adalah untuk menyeragamkan unit pengukuran mendatar dan menegak kepada unit meter. Unit meter dipilih kerana sela kontor adalah dalam unit meter. Untuk melaksanakan langkah ini simpan lapisan data ini menggunakan arahan <save as> dan tukar <CRS> kepada <Cassini GDM2000 / Perak Grid>.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"


Tuesday, April 9, 2013

Maklumat Pengamatan

Satu sesi perbincangan yang dihadiri oleh ahli pasukan kajian dari URP3 telah diadakan untuk membentangkan hasil lawatan tapak. Dalam perbincangan tersebut, isu-isu sektor pengangkutan, infrastruktur dan alam sekitar telah dibentangkan dengan menggunakan QGIS dan slaid.

Dengan menggunakan QGIS dan imej satelit google, maklumat berasaskan pengamatan dan temubual oleh ahli pasukan kajian dengan penduduk setempat telah dapat dicerapkan dan dipetakan menggunakan kaedah penditan skrin. Ahli pasukan telah memberi input masing-masing mengikut kawasan yang ditugaskan semasa kajian lapangan. Maklumat tersebut telah disimpan dalam 3 lapisan data iaitu  pencemaran pantai, banjir dan tahap kepadatan bangunan.

Dalam aktiviti ini, QGIS telah dapat membantu ahli pasukan kajian untuk mengumpul dan menyimpan maklumat berasaskan pengamatan sebagai lapisan data untuk digunakan dalam membuat analisis tapak kelak.



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"