Sunday, April 21, 2013

Menyedia lapisan data permukaan

Dalam menentukan kawasan yang sesuai untuk pembangunan bagi Kg. Masjid Pulau Pangkor, terdapat 2 kriteria yang ada berhubung kait dengan data permukaan. Kriteria tersebut adalah seperti berikut:
  1. Ketinggian tidak melebihi 60 meter
  2. Kecerunan tidak melebihi 20 darjah
Sehubungan ini maklumat ketinggian diperlukan untuk menyediakan lapisan data permukaan sebelum data ketinggian dan kecerunan dapat dijana. Lapisan data ketinggian yang tersedia untuk kegunaan kajian RKK Kg. Masjid Pulau Pangkor adalah data kontor dengan sela 20 meter. Walaupun sela tersebut adalah besar namun disebabkan kekangan data, ia digunakan sebagai panduan kasar bagi penentuan kawasan yang mempunyai ciri tersebut.


Proses utama yang perlu dilalui untuk menghasilkan data ketinggian dan kecerunan dari lapisan data kontor adalah seperti berikut:

Untuk memudahkan penggunaan data sebelum proses interpolasi dilaksanakan lapisan data kontor ditukar sistem unjurannya kepada cassini Perak atau MRSO. Tujuan penukaran ini adalah untuk menyeragamkan unit pengukuran mendatar dan menegak kepada unit meter. Unit meter dipilih kerana sela kontor adalah dalam unit meter. Untuk melaksanakan langkah ini simpan lapisan data ini menggunakan arahan <save as> dan tukar <CRS> kepada <Cassini GDM2000 / Perak Grid>.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"


No comments:

Post a Comment