Sunday, January 26, 2014

Kursus QGIS di INSTUN

Pada 21-23 Januari 2014, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah mengadakan kursus kepada tenaga pengajarnya tentang QGIS. Peserta kursus adalah dari Bahagian Ukur dan Pemetaan dan Bahagian Teknologi Maklumat. Dalam kursus tersebut peserta telah diperkenalkan QGIS bermula dari pemasangan perisian, pengenalan QGIS, penyediaan lapisan data dan persembahan data. Penerimaan peserta terhadap QGIS amat memberangsankan. Adalah menjadi harapan agar INSTUN dapat memperkenal dan melatih lebih ramai peserta kursus untuk menggunakan QGIS di Malaysia. Dengan cara ini lebih banyak organisasi dapat mengguna pakai sistem maklumat geografi dan memudahkan perkongsian data seterusnya meningkatkan kualiti pembuatan keputusan yang diasaskan pada maklumat.









"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"