Friday, June 20, 2014

Kursus QGIS Di ILKPKT

Pejabat Projek  Zon Tengah (PPZT), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Kursus Quantum GIS: Peta Asas – Google Map pada 18 – 20 Jun 2014 bertempat di Institut Latihan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Seramai 27 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Tujuan kursus diadakan adalah untuk melebarluaskan penggunaan QGIS dikalangan pegawai PPZT.


Di samping itu pegawai dari Majlis Daerah Kampar dan Pejabat Tanah Daerah Kampar telah turut serta.  Pendedahan QGIS kepada pegawai ini adalah bertujuan untuk mengembang penggunaan KamparGIS yang telah bangunkan dalam proses penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Kampar 2030 yang dikendalikan oleh PPZT. Semoga dengan usaha ini, KamparGIS dapat menafaatkan oleh jabatan-jabatan teknikal peringkat daerah dan dikembangkan sebagai pangkalan data GIS yang dinamik.


Sessi perbincangan kumpulan




Antara hasil kerja peserta



Secara keseluruhan kursus yang dijalankan mencapai objektif yang diharapkan. Peserta yang hadir berpandangan QGIS mudah untuk difahami dan digunakan serta berpuashati dengan keupayaan perisian tersebut. Peserta dari Majlis Daerah Kampar berhasrat untuk menggunapakai QGIS di jabatan masing-masing yang seterusnya akan memperkayakan pangkalan data KamparGIS yang telah dibangunkan.

BELAJAR SENDIRI QGIS

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"