Sunday, November 19, 2017

Kursus QGIS Untuk Master Trainer

Projek Perlaksanaan I-PLAN oleh PLANMalaysia pada tahun 2016-2017 melibatkan bekalan workstation dan perisian QGIS kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia. Tujuan bekalan ini adalah untuk melancarkan pelaksanaan I-PLAN yang mana PBT adalah merupakan pembekal utama data dan juga pengguna yang berpotensi untuk memanfaatkan penggunaan aplikasi I-PLAN dan GIS dalam  urusan seharian.

Sehubungan itu, untuk melatih PBT menggunakan perisian QGIS yang dibekalkan, PLANMalaysia melalui Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) telah mengadakan satu kursus untuk bakal jurulatih di Makmal Komputer, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Kursus tersebut berlangsung selama 2 hari iaitu pada 8-9 November 2017.


Adalah diharapkan kursus tersebut telah mempersiapkan jurulatih yang akan menjelajah seluruh negara pada tahun 2018 untuk mendedahkan penggunaan QGIS terutama kepada PBT. Semoga peralatan dan perisian yang dibekalkan kepada PBT dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meneruskan kelansungan I-PLAN untuk pembangunan rakyat dan negara.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Saturday, October 7, 2017

Kursus QGIS Untuk Jabatan Warisan Negara

Kursus kemahiran penggunaan QGIS kepada Jabatan Warisan Negera (JWN) telah berlangsung pada 3 hingga 5 Oktober bertempat di Makmal Komputer, Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Peserta kursus adalah dari pelbagai bahagian JWN dan seorang peserta dari PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).






Pada hari pertama, peserta telah didedahkan dengan konsep GIS dan penggunaan perisian QGIS. Walaupun sebahagian besar peserta tidak mempunyai pengetahuan GIS sebelum ini, mereka berupaya untuk mengendali perisian QGIS yang mesra pengguna ini.


Pada hari kedua, peserta didedahkan dengan potensi kegunaan GIS di JWN. Data-data sebenar berhubung dengan skop kerja di JWN telah digunakan sebagai bahan kursus. Peserta telah dibimbing untuk menukarkan data sedia ada kepada data geospatial. Peserta dilihat amat teruja dengan keupayaan GIS untuk membantu melaksanakan tugas mengurus inventori dan tapak warisan dengan lebih mudah dan sistematik.


Pada hari ketiga, peserta didedahkan dengan keupayaan GIS untuk menganalisis maklumat yang disimpan bagi menjawab soalan-soalan yang strategik. Langkah penyediaan peta mengakhiri sesi kursus yang telah disediakan.


Sepanjang kursus beberapa plugin telah digunakan untuk melaksanakan kerja dalam persekitaran kerja QGIS. Antara plugin adalah seperti berikut:
  1. OpenLayer: untuk memasukkan imej google satelit, dsb. ke dalam map canvas.
  2. Spreadsheet Layer: untuk import data excel.
  3. Evis: untuk menghubungkan data objek dengan data lain seperti fail .docx, pptx, pdf, dsb.
  4. Group Stats: untuk menganalisis data secara statistik.
Semoga kursus yang diadakan dapat membantu mengembang penggunaan GIS di JWN untuk mengurus khazanah warisan negara dengan lebih berkesan.



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Thursday, July 27, 2017

Kursus MCDM dan SMCA di PLANMalaysia

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) PLANMalaysia telah menganjurkan Kursus Multi Criteria Decision Making (MCDM) dan Spatial Multi Criteria Analysis (SMCA) pada 11 hingga 12 Julai 2017. Kursus telah diadakan di Makmal Komputer, PLANMalaysia Jalan Cenderasari Kuala Lumpur. Peserta kursus terdiri dari pegawai dari BMGN, Bahagian Perancangan Wilayah, Pejabat Projek Zon Tengah dan Pejabat Projek Zon Timur.

Pada hari pertama, peserta telah didedahkan dengan konsep MCDM dan mengaplikasikan menggunakan perisian Ms Excel. Di hari kedua, peserta telah mengaplikasikan konsep MCDM pada data spatial dengan menggunakan perisian Quantum GIS. Secara umumnya apa yang dipelajari dalam kursus ini adalah bagaimana untuk mengaplikasikan konsep dan teori perancangan secara spatial menggunakan perisian GIS.

Oleh itu adalah menjadi keperluan, setiap jururancang mahir menggunakan GIS dalam kerja perancangan. Ini adalah kerana, boleh di katakan hampir semua data perancangan adalah data geospatial dan perisian yang berkesan untuk mengurus dan menganalisis data tersebut adalah GIS.


Jadual Kursus

Senarai Peserta


Antara Bahan Kursus
 
 
 
 




"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Friday, January 13, 2017

Kursus Aplikasi Quantum GIS (Modul 1)

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara PLANMalaysia telah menganjurkan kursus Aplikasi Quantum GIS (Modul 1). Ianya telah berlangsung di Makmal Komputer, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya pada 1-2 November 2016. Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran GIS dikalangan warga PLANMalaysia.

Seramai 12 orang peserta dari pelbagai bahagian (BMGN, PPZ & BPW) telah menghadiri kursus tersebut. Pengetahuan peserta sebelum kursus tentang GIS juga pelbagai; dari tidak pernah mengguna GIS, pengguna GIS perisian lain dan ada yang telah mengguna QGIS. Pada penghujung kursus, semua peserta berupaya untuk menggunakan Quantum GIS yang mesra pengguna. Adalah diharapkan peserta yang hadir dapat membimbing warga yang lain untuk menggunakan QGIS. 

Program dan suasana semasa kursus








"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"