Saturday, October 7, 2017

Kursus QGIS Untuk Jabatan Warisan Negara

Kursus kemahiran penggunaan QGIS kepada Jabatan Warisan Negera (JWN) telah berlangsung pada 3 hingga 5 Oktober bertempat di Makmal Komputer, Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Peserta kursus adalah dari pelbagai bahagian JWN dan seorang peserta dari PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).






Pada hari pertama, peserta telah didedahkan dengan konsep GIS dan penggunaan perisian QGIS. Walaupun sebahagian besar peserta tidak mempunyai pengetahuan GIS sebelum ini, mereka berupaya untuk mengendali perisian QGIS yang mesra pengguna ini.


Pada hari kedua, peserta didedahkan dengan potensi kegunaan GIS di JWN. Data-data sebenar berhubung dengan skop kerja di JWN telah digunakan sebagai bahan kursus. Peserta telah dibimbing untuk menukarkan data sedia ada kepada data geospatial. Peserta dilihat amat teruja dengan keupayaan GIS untuk membantu melaksanakan tugas mengurus inventori dan tapak warisan dengan lebih mudah dan sistematik.


Pada hari ketiga, peserta didedahkan dengan keupayaan GIS untuk menganalisis maklumat yang disimpan bagi menjawab soalan-soalan yang strategik. Langkah penyediaan peta mengakhiri sesi kursus yang telah disediakan.


Sepanjang kursus beberapa plugin telah digunakan untuk melaksanakan kerja dalam persekitaran kerja QGIS. Antara plugin adalah seperti berikut:
  1. OpenLayer: untuk memasukkan imej google satelit, dsb. ke dalam map canvas.
  2. Spreadsheet Layer: untuk import data excel.
  3. Evis: untuk menghubungkan data objek dengan data lain seperti fail .docx, pptx, pdf, dsb.
  4. Group Stats: untuk menganalisis data secara statistik.
Semoga kursus yang diadakan dapat membantu mengembang penggunaan GIS di JWN untuk mengurus khazanah warisan negara dengan lebih berkesan.



"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

No comments:

Post a Comment