Sunday, November 19, 2017

Kursus QGIS Untuk Master Trainer

Projek Perlaksanaan I-PLAN oleh PLANMalaysia pada tahun 2016-2017 melibatkan bekalan workstation dan perisian QGIS kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia. Tujuan bekalan ini adalah untuk melancarkan pelaksanaan I-PLAN yang mana PBT adalah merupakan pembekal utama data dan juga pengguna yang berpotensi untuk memanfaatkan penggunaan aplikasi I-PLAN dan GIS dalam  urusan seharian.

Sehubungan itu, untuk melatih PBT menggunakan perisian QGIS yang dibekalkan, PLANMalaysia melalui Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) telah mengadakan satu kursus untuk bakal jurulatih di Makmal Komputer, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Kursus tersebut berlangsung selama 2 hari iaitu pada 8-9 November 2017.


Adalah diharapkan kursus tersebut telah mempersiapkan jurulatih yang akan menjelajah seluruh negara pada tahun 2018 untuk mendedahkan penggunaan QGIS terutama kepada PBT. Semoga peralatan dan perisian yang dibekalkan kepada PBT dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meneruskan kelansungan I-PLAN untuk pembangunan rakyat dan negara.


"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

No comments:

Post a Comment