Sunday, September 30, 2018

Kursus Aplikasi Perisian QGIS Bil.2 (2018)

Atas permintaan ramai sekali lagi Kursus Aplikasi Perisian QGIS buat kali ke2 bagi tahun 2018 telah di adakan oleh INSTUN. Berlangsung pada 19 - 21 September 2018 bertempat di Makmal Pusat Kecemerlangan Multimedia, INSTUN. Seperti sesi kursus lalu, ianya telah dihadiri oleh peserta dari pelbagai agensi. 













"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"

Friday, March 30, 2018

Kursus Aplikasi Perisian QGIS

Pada 27-29 Mac 2018, INSTUN telah mengajurkan Kursus Aplikasi Perisian QGIS (UP 05/18) di Pusat Kecemerlangan Ukur Pemetaan (PKUP), INSTUN, Behrang, Tanjung Malim, Perak. Seramai 30 peserta dari pelbagai agensi telah hadir.




Semoga peserta-peserta yang menghadiri kursus ini dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam skop kerja masing-masing. Untuk memahirkan diri dalam bidang ini perlu difokuskan pada apa yang hendak dihasilkan atau matlamat projek. Cari penyelesaian dengan meneroka fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian QGIS.

Sesungguhnya apa yang dipelajari sepanjang kursus hanyalah sebahagian kecil keupayaan QGIS. Terdapat banyak lagi fungsi yang ada untuk diterokai. Ibarat kunci bengkel yang lengkap telah berada tangan anda. Terserahlah kepada anda untuk menerokai apa peralatan yang terdapat di dalamnya bagi melaksanakan apa yang dihasratkan.

"SEMUA ORANG BOLEH MENGGUNA DAN MEMILIKI GIS"